Influencer media sosial, Ryan Bakery terkejut apabila dituduh sengaja persenda anggota polis menerusi konten video parodi yang berkaitan dengan sekatan jalan raya.

Menurut Ryan Bakery, konten tersebut sekadar hiburan memaparkan ragam masyarakat yang berdepan dengan sekatan jalan raya.

Baca Juga:

Tambah Ryan lagi, anggota polis ok sahaja dengan konten beliau, namun mereka yang bukan anggota polis pula yang agak lebih lebih melantun.

Bercakap kepada Media Hiburan, Ryan Bakery berkata: “Konten itu hanya untuk suka-suka sahaja. Selalu kalau kita jumpa roadblock, muka abang-abang polis biasanya garang. Jadi, saya selitkan sikit komedi seperti masukkan kepala dalam tingkap.

“Soalan-soalan yang saya digunakan pun yang selalu kita dengar dan lalui,” katanya kepada MH.

“Abang-abang polis pun ramai juga yang komen. Mereka pun okay sahaja dengan konten saya itu.

“Cuma yang bukan polis ni sahaja yang kata saya persendakan pihak polis. Saya tiada niat pun nak persenda mereka.

Ryan Bakery menegaskan dia sendiri memantau komen di akaun tiktok miliknya. Jika komen terlalu negatif dia akan buang video tersebut. Namun dia akui rata rata komen ok dan terhibur.

“Saya hanya melakonkan sahaja ragam masyarakat. Pada saya, tak semua polis berpewatakan seperti dalam video saya ni. Ada juga yang okay dan mesra rakyat.

“Mereka tak ambil hati pun. Ramai anggota polis dan kawan-kawan polis saya mesej yang mereka juga terhibur dengan konten tersebut,” tegas beliau.

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

♬ original sound – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Ini bukan kali pertama netizen mengecam Ryan Bakery kerana konten berkaitan profesion individu lain. Sebelum ini dia pernah dikritik segelintir pihak kerana konten berkaitan dengan petugas di kaunter hospital.