Kira-kira 5 bulan telah berlalu, berita kehilangan remaja warga Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin telah menggemparkan Malaysia sehingga berita ini mendapat perhatian antarabangsa. Mayat Nora Anne telah berjaya ditemui selepas 10 hari dilaporkan hilang dari penginapannya di Dusun Resort dalam keadaan berbogel.
Terbaru, ibu bapa kepada Nora Anne itu tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk menyaman resort berkenaan atas alasan kecuaian.
Menurut laporan The Star, dalam tuntutan sivil Meabh dan Sebastian Quoirin, mereka mendakwa pengusaha The Dusun Resort iaitu Helen Marion Todd gagal dalam memastikan keselematan premis tersebut.
Difahamkan peguam Sankara Nair mewakili keluarga tersebut telah menfailkan saman sivil di Mahkamah Sesyen Seremban. Sebutan kes pertama akan didengar pada 21 Januari nanti.
Ibu bapa remaja malang tersebut menuntut ganti rugi khas sebanyak RM152,707.90 selain ganti rugi umum yang dinilai mahkamah sebanyak RM30,000
Berita ini ternyata mengundang kemarahan daripada netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakan yang diambil oleh keluarga Nora tersebut.
Dikepilkan beberapa artikel berkaitan dengan tragedi untuk memudahkan pembaca memahami tentang berita sebenar berkenaan kejadia ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.