Samsung baru-baru ini telah mengumumkan satu penawaran sebuah lagi telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini hadir di dalam kelas mid range dengan harga berpatutan.

Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy M14 5G yang mana bakal ditawarkan menerusi Lazada bermula 24 Mei ini. Untuk masa terhad, Galaxy M14 5G akan dijual pada harga RM849 bersempena promosi pengenalan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Technave

Untuk spesifikasi pula, Galaxy M14 5G ini hadir dengan skrin 6.6-inci PLS LCD FHD+ 90Hz, dijana dengan cip Exynos 1330, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Malah, telefon ini dilengkapi dengan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 25W.

Sementara untuk fotografi, model ini hadir dengan kamera utama 50-megapixel, selain dilengkapi sokongan sensor 2MP dan sensor kedalaman 2MP pada bahagian belakang. Untuk kamera hadapan pula, ia hadir dengan kamera 13-megapixel.

Antara ciri lain yang disertakan termasuklah sambungan Bluetooth 5.2, GPS, NFC dan pengimbas cap jari untuk sekuriti. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Samsung Galaxy M14 5G ini untuk pasaran Malaysia pada minggu ini.

Sumber