Sejak akhir-akhir ini servis BNPL semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Servis ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk mendapatkan barangan yang diminati segera dalam masa yang sama tidak membebankan.
Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah memperkenalkan kempen baharu yang membolehkan anda membeli peralatan rumah dan monitor yang terpilih menggunakan GrabPay dan PayLater dari Grab.
Baca Juga:
- Lebih Fleksibel Dan Mudah, Wise Perkenalkan Fungsi Pindahan Wang Ke Touch ‘n Go
- Produk TRAPO Malaysia Sedia Didapatkan Melalui Aplikasi TNG, Diskaun 13% Sehingga Akhir April Ini
Menariknya, Samsung menghebahkan bahawa pilihan pembayaran ini tidak merangkumi interest atau cas tersembunyi seperti servis yang lain.
Kempen ini juga hadir bersama promosi yang membolehkan anda menikmati diskaun sehingga RM150 apabila anda membeli produk peralatan rumah atau monitor Samsung dengan memasukkan kod SAMSDEALS150.
Ini senarai barangan produk bersama harga istimewa yang ditawarkan oleh Samsung bersempena kempen ini.
Oh ya, promosi ini sudah bermula hari ini sehingga 31 Mei kelak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun yang lumayan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi ini, bolehlah lawati laman rasmi Samsung Malaysia dengan klik di sini.