Sebelum ini pernah tular berkaitan penjualan anak ayam berwarna-warni, kini burung merpati pelangi pula jadi bualan netizen. Mana tidaknya, semalam tular perkongsian tentang seorang lelaki menjual burung merpati pelangi di Kelantan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian Dr. Ima di Twitter dimana menzahirkan rasa kecewa melihat burung merpati diwarnakan dengan cat yang boleh memudaratkan kesihatan burung tersebut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Isu tersebut turut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan penjual tersebut yang mewarnakan burung merpati untuk lariskan jualan serta mengecamnya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa mewarnakan burung dengan cat akan membahayakan ia kerana memiliki bahan kimia tinggi sekaligus ini adalah antara contoh penderaan kepada haiwan.

https://twitter.com/_ixirnad/status/1487857470122778626

Malah, ada juga netizen mengatakan tidak perlu mengecam peniaga tersebut kerana mungkin dirinya tidak sedar kesan daripada perbuatannya itu. Oleh itu, sebagai generasi muda, haruslah memainkan peranan untuk memberikan kesedaran akan isu ini agar perkara ini tidak berlaku lagi kelak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Ramai Bekas Pelajar Buat Kesalahan Trafik, JPJ Bakal Batalkan Permit Institut Memandu Berkenaan

Maki Dan Campak Duit Kepada Pekerja McDonald’s, Tindakan Biadab Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Sedar Selepas Sebulan Beli Di Decathlon, Kalimah Allah Pada ‘Ground Mat’ Bikin Netizen Terkejut