Baru-baru ini, pelakon Zul Ariffin telah memuat naik beberapa gambar di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya melawat Madinah dan dia turut singgah ke kota larangan Al Ula.
Dalam satu video yang dimuat naiknya di TikTok, Zul Ariffin turut menunjukkan suasana ketika dia melawat Al Ula dan perkongsiannya itu telah menjadi bualan ramai.
Baca Juga:
- Arab Saudi Didakwa Bina Patung Berhala Di Padang Pasir Al Ula, Ini Fakta Yang Sebenar
- Jalani Ibadah Puasa Di Turkiye, Ini Apa Yang Saya Pelajari Sepanjang Di Sana
@zulariffin_official Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury π€²π½π€²π½ππΏπΏ
Difahamkan, Nabi Muhammad pernah mengelakkan dari melalui kawasan ini kerana ia merupakan kota dilaknat serta tempat Allah SWT menurun azan untuk kaum Nabi Saleh dan penduduk Arab Saudi turut menganggap tempat itu merupakan tempat tinggal roh jahat.
Walaupun begitu, kota larangan itu kini dijadikan sebagai lokasi pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi dan ramai orang telah berkunjung ke sana untuk terokai kawasan terbabit.
Perkongsian Zul telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya berkunjung ke sana sedangkan tempat itu sepatutnya dielakkan untuk pergi.
Malah, ada juga netizen menasihati Zul agar tidak melawat kawasan terbabit dan berharap tiada yang mengikuti jejak langkahnya untuk melawat Al Ula.