Dua menteri besar bakal berentap dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang dijadualkan berlangsung hari ini pada jam 5 petang hingga 7 malam.

Ia melibatkan pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menentang pilihan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diadakan di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam.

Baca Juga:

Perlawanan tersebut turut diumumkan oleh Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA).

Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua pemimpin itu.

Majoriti peminat bola sepak tempatan teruja untuk melihat dua pemimpin negeri terbabit berentap dan menunjukkan skil masing-masing di atas padang.

“Salam ukhuwah Selangor dan Kedah,” kata pengguna Facebook bernama Khairul Azman.

“Budaya politik matang dan sejahtera perlu dipraktikkan, bukan retorik semata-mata. Budaya ini bakal diteladani oleh generasi sejahtera,” kata Mohd Amirrudin Ismail.

Ini bukan kali pertama Menter Besar Kedah itu terlibat dalam perlawanan bola sepak kerana sebelum ini beliau pernah beraksi menentang beberapa ahli politik parti lain sebagai medium untuk merapatkan ukhwah.