Selain roadtrip menaiki motorhome ataupun caravan, bercuti di atas kapal persiaran mewah juga menjadi trend untuk mereka yang mahu ‘healing’ atau sekadar mahu mencari keseronokkan.

Jika mempunyai bajet lebih, anda mungkin boleh pertimbangkan bercuti menaiki kapal persiaran mewah untuk menikmati keindahan lautan sambil melayan perasaan.

Baca Juga:

@mimieyuzi

Best experiences ever. I just love it to be here and lots of things to do here! #fyp #CapCut #enjoylife #randompost #happiness #happylife #love #dreamcruise #fypシ゚viral #resortsworldcruises #fypシ #travel #happiness #foryou

♬ Girls Like Me Don’t Cry (Remix) – thuy

Saya telah berpeluang untuk ke Singapura menaiki kapal persiaran Dream Cruise dari Port Klang dan perjalanan pergi balik mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Mari saya kongsikan apa yang menarik di mata saya sepanjang menaiki Dream Cruise ini.

1. Restoran halal

Untuk pengetahuan anda, Dream Cruise ini merupakan satu-satunya kapal pelayaran pada masa ini yang menawarkan pelbagai pilihan masakan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rantau Asia.

Di Lido Restaurant yang terletak di tingkat 16 menjadi pilihan untuk anda yang mencari makanan Halal dan anda akan makan sebanyak enam kali sehari dari sarapan sehinggalah makan lewat malam.

Sudahlah makan sebanyak enam kali sehari, terdapat banyak pilihan makanan yang disediakan kerana ia berkonsepkan bufet. Akan tetapi, anda perlu datang makan mengikut masa yang ditetapkan kerana makanan akan bertukar mengikut waktu makan.

Bagi mereka yang bukan beragama Islam dan mahu menikmati hidangan tidak Halal, terdapat restoran lain di atas kapal iaitu Blue Lagoon, Silk Road Chinese Restaurant dan banyak lagi.

2. Bilik yang selesa

Di Dream Cruise ini, terdapat 8 pilihan bilik yang anda boleh dapatkan dan bilik yang saya duduk adalah jenis ‘Balcony Deluxe Stateroom’. Bilik ini mempunyai balkoni dimana anda boleh duduk minum kopi dan nikmati keindahan laut serta boleh memuatkan 4 orang.

Jika anda mahu berjimat, anda boleh pilih bilik Oceanview Stateroom atau Interior Stateroom tetapi bilik ini tidak mempunyai balkoni. Manakala untuk anda yang miliki wang lebih bolehlah memilih bilik di bawah kategori Palace.

Bukan sahaja lebih luas tetapi juga mempunyai bathtub dan boleh menikmati lebih banyak privilege. Setiap bilik juga disertakan dengan kemudahan asas seperti sabuh mandi, berus gigi, peti ais dan banyak lagi.

P/s: anda boleh sertai tour kapal dan anda akan dapat melihat bilik-bilik yang ada.

3. Kemudahan rekreasi

Destinasi kapal pelayaran ini ke Singapura dan anda akan ada masa beberapa jam meneroka Singapura tetapi anda akan rasa rugi jika tidak menikmati kesemua kemudahan rekreasi yang ada di atas kapal.

Selain mempunyai kolam renang dan jakuzi, anda yang suka pergi ke taman tema air pasti akan gembira bermain 6 gelongsor air yang tersedia. Memang akan puas hati.

Malah, anda juga boleh bermain golf, basketball, rock climbing dan rope course secara percuma. Bagi arcade, pusat karaoke dan bowling bayaran tambahan diperlukan.

Menarik, bukan? Bagi anda yang mahu merasai percutian berbeza bolehlah cuba manaiki kapal persiaran Dream Cruise ini kerana harganya mampu milik sesuai untuk semua golongan.

Untuk pengetahuan anda, harga pakej yang diambil saya bermula dari RM1,200 sahaja dan jika anda berminat bolehlah dapatkan deals terbaik dengan menghubungi Terlajak Travel.

Sebelum terlupa, pakej yang dibayar tidak termasuk gratuities sebangal SGD 22 satu malam dan port charges bernilai RM280 seorang serta harga internet dalam kapal.