Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi menutup aurat.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon itu berkongsi dua keping foto dalam keadaan tidak berhijab dan menutup ruangan komen serta memohon maaf kepada orang ramai kerana telah kembali seperti dulu kala.
Baca Juga:
- ‘Itu Sahaja Duit Saya Ada’ – Pelakon Lelaki Ini Sedih Wang Simpanan RM45,000 Lesap Selepas Dipukau
- Hampir Setahun Tiada Tawaran Berlakon, Raja Afiq Kini Bekerja Sebagai Pekerja Am Di Bank
- Penerbit Program Tempatan Diamkan Diri, Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha Tuntut RM10,000
https://www.instagram.com/p/CyMCMxHStrb/?utm_source=ig_embed&ig_rid=00459bcd-a74c-4a34-a7d6-637b28e19db1
Dalam pada itu, Mawar memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia menerusi Instastory miliknya.
Terdahulu Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Malah, dia juga pernah memberitahu kepada peminat bahawa dirinya pilih untuk memakai tudung kerana takut suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob terpaksa tanggung dosa jika tidak menutup aurat dengan sempurna.