Di zaman serba canggih ini, pelbagai cara telah digunakan oleh peniaga untuk meningkatkan jualan harian. Ada yang menggunakan kuasa sosial media untuk memastikan bahawa barangan jualan mereka dijual bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga dengan cara maya.
Melalui sebuah perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial, Jalal Misai, beliau memuat naik satu video di mana seorang peniaga nasi lemak telah menggunakan cara menjual seperti baju bundle.
Baca Juga:
- Mat Saleh Kongsi Nasi Lemak ‘Sedap Gila’ Di Kampung Baru, Netizen Bantah Kata Tempat Lain Lebih Sedap
- Mak Cik Nasi Lemak ‘Serang’ Gerai Sebelah, Tidak Puas Hati Jual Menu Yang Sama
Caranya mudah, dia hanya perlu membuat siaran langsung di akaun TikTok, beritahu lokasi gerainya dan para pembeli akan menempah nasi lemak terus daripada siaran langsung tersebut.
Zaman serba canggih ni, kenalah pandai manfaatkan teknologi.. Niaga nasi lemak dah macam jual baju bundle kena lock lock. 🤔 pic.twitter.com/phFkSOCrzC
— Jalal Misai (@jllmisai) February 28, 2023
Di dalam video tersebut, boleh dilihat bagaimana peniaga tersebut telah mengasingkan beberapa nasi lemak yang ditempah oleh pembeli melalui siaran langsung tersebut, “Saya dah lock nasi akak,” katanya.
Video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dengan pelbagai komen. Kebanyakan netizen memuji cara beliau berniaga kerana bagi mereka ia adalah cara yang kreatif serta masih belum dilakukan penjual nasi lemak.
Patutlah ada kawan ofis rajin betul ngadap TT dari masuk keje sampai balik keje. Rupanya macam² dalam TT nie. Haha
— YangArif (@sysepet) February 28, 2023
Nasib baik lock, kalau main bid mau beratus² harga nasi lemak dia
— azuar yahya (@zoo_war) February 28, 2023
Aku suka peniaga yang macam ni, cakap pun sopan, cara pun kreatif. Semoga kita maju sama-sama.
— Psikologi Songsang (@psikosong) February 28, 2023
Tp customer mula dulu. Hehe Rezeki brother ni la.☺️ Nak jd tiktokkersla camni. Tp xtaw nak jual apa..igt nak jual preloved baju isteri. Tp takut kena sebat blkg tengkuk plak. Almari sampai x muat da. Hahaha
— KHALIZKAGE (@elizkhaliz) February 28, 2023