Pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel berazam untuk menjadi diri sendiri iaitu tetap akan menyuarakan pendapatnya di media sosial pada tahun 2023.
Baginya, tindakan tersebut merupakan satu tanggungjawab, malah tidak peduli dengan kecaman yang akan datang terhadapnya.
Baca Juga:
- ‘Tuhan Ciptakan Adam Dan Hawa, Bukan Adam Dan Haikal’- Penyokong LGBT Sentap Dengan Kenyataan Naim Daniel
- Penganut Teori Konspirasi Tuduh Naim Daniel ‘Jual’ Jiwa Kepada Syaitan
- Tuah Tolonglah, Cik B Tewaskan Naim Daniel Untuk ‘Trending’ No.1 Di YouTube
Menurut sumber, penyanyi lagu Purnama itu mengatakan dia sentiasa memperbaiki diri dengan melihat dari perkembangan pendapatnya dahulu tentang sesuatu isu.
“Sebenarnya saya buat ‘post mortem‘ setiap hujung tahun. Memang saya akan tengok balik semua dan apabila diperiksa, dekat situ saya boleh lihat tahap peningkatan dari segi kematangan diri saya dari tahun 2020 sehingga 2022. Saya cuba ‘keep track‘ benda sebegini,” ujarnya ketika ditemui laporan.
Bahkan, dia turut menyedari perkara yang disampaikan akan sentiasa meninggalkan kesan baik atau buruk terhadap dirinya, namun dia tetap teguh menyampaikan ideologinya kepada orang ramai.
Difahamkan, Naim menjelaskan perkara itu ketika sidang media Konsert Patah Hati anjuran ANS di MidValley, Kuala Lumpur, semalam.
Penyanyi yang berusia 26 tahun itu menegaskan dirinya akan tetap terus meraikan perdebatan atau perbincangan pendapatnya di media sosial. Dalam pada itu, dia tidak menghalang sebarang kritikan terhadapnya.
Walau bagaimanapun, penyanyi Sumpah itu mengakui media sosial merupakan medium yang berbahaya untuk bersuara, oleh itu haruslah berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu maklumat.
Selain itu, Naim Daniel juga merupakan antara barisan artis yang bakal melangsungkan Konsert Patah Hati bersama Ernie Zakri, Noh Salleh, Aisha Retno, Insomniacks, dan Nastia pada 15 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur.