Di Sebalik Permata, merupakan sebuah drama bersiri pendek yang ditayangkan di aplikasi TikTok. Baru-baru ini, episod ke-59 siri drama terbabit telah menjadi bualan ramai.

Episod terbabit memaparkan lakonan di mana seorang lelaki sedang bertanya kepada jururawat yang sedang bertugas tentang lokasi wad kecemasan.

Baca Juga:

Akan tetapi respon diberikan jurujawat agak menghampakan dimana tidak menunjukkan situasi seperti di hospital sebenar apabila meminta agar dirinya tidak diganggu ketika bekerja di kaunter berkenaan.

@disebalikpermata

Episode 59 Di Sebalik Permata #Disebalikpermata #Hello2024 #dramatiktok #sembangentertainment #longervideo

♬ original sound – Di Sebalik Permata – Di Sebalik Permata

Selain itu, babak lain yang dikatakan agak meragukan apabila pihak hospital membuat pengumuman menggunakan pembesar suara dalam hospital dengan memanggil kesemua doktor pakar untuk merawat pesakit terbabit.

Drama terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa pelik dengan skrip drama itu serta mempersoalkan kewujudan drama terbabit.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berseloroh mungkin ini adalah drama komedi dan boleh dikatakan banyak babak dalam episod sebelumnya yang tidak logik.

Babak dalam drama itu juga telah meraih perhatian Dr Khairul Hafidz dimana dia mempersoalkan skrip jururawat yang dilihat seolah-olah merendahkan taraf jururawat selain dialog yang didakwa tidak masuk akal.

Malah, Dr Khairul turut menegur beberapa kesalahan penggunaan alat pada pesakit yang tidak tepat dengan situasi dipamerkan dan kecewa dengan keseluruhan babak terbabit.