Pengurus skuad kebangsaan Portugal, Roberto Martinez memberikan bayangan untuk terus meletakkan kepercayaan kepada bintang veteran, Cristiano Ronaldo dalam mengemudi jentera depan pasukannya.
Portugal akan berkunjung ke Hampden Park, Glasgow untuk pertemuan menentang Scotland dalam saingan Nations League 2024/25, awal pagi esok.

Baca Juga:
- Shearer: Martinez Memang Tiada Pilihan, Kalau Ronaldo Cergas Mesti Dia Akan Beraksi
- Roberto Martinez: ‘Assist’ Cristiano Ronaldo Perlu Ditunjukkan Di Setiap Akademi Seluruh Dunia
- Ini Alasan Martinez Masih Bawa Cristiano Ronaldo Ke Euro 2024
Pemain berusia 39 tahun itu diturunkan selaku pemain kesebelasan utama dan berjaya menjaringkan satu gol ketika membantu Portugal mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Poland.
Martinez kemudiannya mengeluarkan Ronaldo pada minit ke-63 untuk digantikan dengan pemain serangan Liverpool, Diogo Jota.
Ketika ada yang berpendapat bahawa Cristiano Ronaldo perlu direhatkan untuk aksi bertemu Scotland, Martinez mempunyai pendapat tersendiri dan merasakan masih memerlukan khidmat pemenang lima kali Ballon d’Or tersebut.
“Pada saya, umur seorang pemain tidak menjadi faktor penting,” ujar beliau menurut sumber laporan Goal.
“Ronaldo tidak bermain seperti pemain berumur 39 tahun. Dia jelas tidak bermain seperti pemain berumur 39 tahun. Saya rasa kami menilai setiap pemain dan bagaimana perasaan mereka. Cristiano telah bekerja dengan sangat baik dalam kem ini.
“Cristiano telah bekerja dengan sangat baik dalam kem kali ini. Saya rasa cabaran untuk bermain dua perlawanan di tempat lawan adalah lebih kepada bagaimana anda boleh bersiap sedia antara kedua-dua perlawanan tersebut.”
“Tetapi saya tidak ragu bahawa Cristiano selepas 60 minit boleh terlibat dalam perlawanan kedua (bertemu Scotland). Saya tidak tahu sama ada dia boleh memulakan atau mengakhiri perlawanan. Tetapi dia pasti boleh terlibat dalam perlawanan itu seperti yang ditunjukkannya dalam kem terakhir.