Pada hari ini walaupun teknologi banyak memudahkan orang ramai, namun ia boleh ‘memakan diri’ sekiranya pengguna tidak berhati-hati.
Baru-baru ini TikTok @bro_wong berkongsi kisah di mana seorang wanita ditipu scammer yang menjual kereta di platform dalam talian.
Baca Juga:
- Ini Taktik Baharu Scammer Untuk Dapat Makanan Secara Percuma, Ramai Rider Dah Terkena
- ‘Saya Bersumpah Tak Terima Duit, Saya Mangsa Fitnah Scammer’ – Aman Graseka
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Menurut wanita itu dia sudah membuat bayaran awal sebanyak RM12,000 kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang pekerja Bro Wong.
Bayaran itu dibuat untuk booking sebuah Honda City yang bernilai RM24,000.
@bro_wong Kisah benar #scam #fyi #fyp #usedcardealer #browong #tipu #scammer @BRAVO AUTO88
Bagaimanapun Bro Wong menegaskan dia tidak mempunyai pekerja bernama Muhammad Zharif seperti didakwa individu berkenaan.
Wanita itu kemudian bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan wangnya semula.
Menurut Bro Wong, dia tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan individu itu menyamar sebagai pekerja dan wanita itu pula memasukkan wang ke dalam akaun peribadi ‘Muhammad Zharif’ itu.
Tambahnya lagi, sekiranya mahu membuat apa-apa pembayaran, perlulah dibayar kepada akaun syarikat. Bukan pada akaun peribadi.
Difahamkan modus operandi scammer tersebut adalah dengan membuat laman web dan akaun Facebook palsu yang seakan sama dengan kedai kereta sebenar.
Kemudian dia memuat naik konten-konten yang dicuri daripada kedai kereta tersebut untuk memerangkap mangsa.
Sejurus mangsa mula mempercayai dan membuat pembayaran, scammer itu melarikan diri sehingga sukar dikesan.
Dalam pada itu, video yang dikongsikan Bro Wong itu merupakan lakonan semula berdasarkan kisah sebenar sebagai pengajaran buat orang ramai.