Rakyat Malaysia apabila viral tempat-tempat menarik yang cantik pasti akan berasa teruja untuk terjah. Bahkan, loji kumbahan yang ‘glow up’ pun ramai yang berkunjung untuk bergambar.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @heartpatrick telah berkongsi sebuah video memaparkan satu destinasi pelancongan di Kelantan yang membawa ‘vibes’ dalam anime ghibli dan pemandangannya cukup memukau.

Baca Juga:
- ‘Loji Kumbahan Pun Glow Up’- Netizen Pelik Lokasi Busuk Tapi Cantik Di Kedah Ini Jadi Tumpuan Ramai
- 17 Jam Ke Negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan Sebenarnya Bukanlah Syurga Makanan
- 5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota
@heartpatrick Hokkaido, Kelantan #tiktokmalaysia #tiktokkelantan #kelantan #kotabaharu #ghibli #studioghibli
Difahamkan, destinasi itu terletak di Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan dan dapat dilihat ia dikelilingi dengan sand dunes serta terdapat tumbuhan yang tumbuh di pasir tersebut.
Pada awalnya, pemilik video hanya mahu mengambil gambar biasa di sana tetapi tidak sangka keadaan kawasan itu bawa vibes anime ghibli. Malah, video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terpegun melihat keindahan tempat tersebut.
Akan tetapi, penduduk tempatan mengatakan bahawa sebenarnya tempat itu ‘biasa’ sahaja tetapi disebabkan pemilik video seorang jurugambar maka hasil video itu kelihatan cantik. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 20 ribu tontonan.