Bersemepena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin dilaporkan telah mengambil peluang emas ini untuk ke Mekah bagi menyelesaikan ibadah Umrah sekaligus melepaskan rindu terhadap Kaabah.
Di sebalik perjalanan beliau pada kali ini tanpa suami dan anak di sisi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menjalankan Instagram Live dalam berkongsikan perasaan beliau di hadapan Kaabah di mana beliau memaklumkan terasa sangat sebak dapat beribadat tanpa dikenali orang ramai.
“Ini yang saya rindu sebenarnya. Saya jadi orang biasa, dapat hidup macam ini. Duduk dengan orang biasa macam ini buat saya jadi manusia sekecil-kecilnya.”
Luahan hati penghibur terkenal ini turut disusuli dengan rasa sebak serta menitiskan air mata ketika berada di Makkah menunaikan umrah ketika ini.
“Saya suka duduk macam ini, ramai orang tak kenal saya pun dan masing-masing berebut berdoa. Ini yang saya rindukan walaupun suami tidak dapat ikut sama tapi dia izinkan saya berada di sini.
“Walaupun berat juga hati terpaksa meninggalkan anak, Aafiyah dan Afwa tetapi saya yakin Allah tolong jagakan anak-anak dengan baik bersama pembantu,” katanya turut sebak kerana rindu serta terkenangkan dua cahaya matanya yang masih kecil.
Siti berkata, dia juga berseorangan masuk ke kawasan Kaabah untuk mengerjakan tawaf sunat. Siti berkata, dia bersyukur dapat beribadat di Makkah sebelum berangkat ke Madinah pula.
Katanya, rezeki dia masuk ke Makkah dulu dan perancangan Allah itu sangat baik kerana ketika ini ramai orang sudah mula memasuki Makkah untuk mengejar malam 27 Ramadan.
Terdahulu, Siti menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Makkah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa pada 25 April lalu.
Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan. Untuk pengetahuan, kali terakhir Siti melakukan ibadah Umrah adalah pada tahun 2019 di mana beliau bersama suami, anak serta pengasuhnya.
Tular pada minggu ini apabila nilai Ringgit yang lemah telah membuatkan rakyat Singapura beratur panjang untuk ditukarkan kepada Dolar.
Nilai Ringgit Terus Lemah, Rakyat Singapura Beratur Panjang Mahu Tukar Dengan Dolar
‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah