Setiap orang mempunyai kenderaan kesayangan yang mempunyai nilai sentimental sangat bermakna yang tidak boleh ditukar ganti dengan timbunan wang ringgit, mahupun segunung emas.
Baru-baru ini Rhys William, pembina konten dari Britain terkenal di Malaysia berkongsi rangkuman video dia terpaksa berpisah dengan Proton Wira yang diberikan nama ‘Wira Lejen’ yang dimilikinya sejak 2015, dua tahun selepas dia mula berhijrah ke negara ini.
Dalam video itu, Rhys berkongsi detik-detik beliau susah-senang bersama ‘Wira Lejen’ kesayanganya itu seperti membawa kereta berkenaan keluar hiking seluruh semenanjung, berjalan-jalan sehingga Singapura, kenderaan utama untuk pergi-balik lokasi kerja dan membesarkan anak sulung lelakinya.
Tidak dilupakan juga beberapa beberapa cabaran yang Rhys selitkan bersama apabila tayar keretanya meletup, enjin overheat, rosak secara tiba-tiba dan pernah dilanggar pengguna jalan raya lain.
“Berakhir satu zaman saya bersama ‘Wira Lejen’ ini. Kereta pertama saya yang jadi teman saya sepanjang 7 tahun ini. Banyak kenangan bersamamu. Walaupun Proton Wira memang lasak dan tetap steady, akhirnya sampai pengakhiran dia Goodbye,” petik perkongsian Facebook Rhys.
Netizen juga rasa terkesan apabila menonton video berdurasi seminit itu. Ramai akui kereta buatan tempatan yang mula dilancarkan pada 1993 dengan pelbagai jenis varian itu memang tahan lasak dan mampu digunakan seperti biasa sehinggalah ke hari ini.
Ini bukan kali pertama Proton Wira dihargai oleh orang dari luar negara, sebelum ini juga pernah dua orang pemuda membawa kereta itu masuk ke litar Nürburgring dan orang Arab bergambar dengan penuh gaya bersama kereta berkenaan.
Bak kata Rhys — “Zaman melahirkan Wira. Wira mencorakkan zaman.”
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Proton Wira disenaraikan sebagai ‘kereta panas’ yang sering menjadi buruan orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Proton Wira Kekal Model Paling Banyak Dicuri Sepanjang Awal 2019
Proton Wira Paling ‘Dicari’ Pencuri, Rekod Kes Kecurian Tertinggi
Proton Wira Tular Hilang Ditemui Dalam Keadaan Togel, Dileraikan Dalam Tempoh 2 Jam Sahaja