Tatkala dunia media sosial heboh dengan kisah Honda Day, ada perkara lain pula terjadi dalam dunia permotoran Yamaha RX-Z baru-baru ini.
Tular di satu group Facebook, apabila ada sebuah model RX-Z Catalyzer ‘unregistered’ terjual dengan harga RM140,000.
Baca Juga:
- Belum Pernah Didaftarkan Sejak 2002, Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Pada Harga Mencecah RM120,000
- ‘Swap’ RX-Z Dengan Tanah Lot Di Kelantan, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut
- Anggap Sebagai Rezeki Anak-Anak, Pemilik Baharu Tidak Menyesal ‘Swap’ Tanahnya Dengan RX-Z
Motosikal itu dibeli oleh seorang founder terkenal di platform TikTok.
@__arabbb 2024 ambik ko cikna momegojes blako🥶 #rxzrm140k #rxznos #cikna #momegojes #ciknafounder @pokjacks @farhanazahra91
Jualan itu dibuat dipercayai menerusi satu sesi Live TikTok baru-baru ini.
Menjengah ruangan komen, ramai warganet sangat terkejut apabila mendapat tahu ‘motor lama’ tersebut terjual dengan harga setinggi tu.
Dalam masa sama, ramai menganggap ianya sekadar satu gimik marketing untuk menarik follower semata-mata sahaja.
Terdahulu, ada seorang pemilik RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 dengan harga mencecah RM120,000.
Ada yang lebih luar biasa, apabila sanggup menukarkan tanah lot di Kelantan dengan motosikal model yang sama.