Sejak pihak kerajaan mengumumkan Tesla bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia dan beberapa jawatan kerja kini dibuka, jenama kereta elektrik (EV) itu semakin menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, lebih ramai lagi yang masih sangsi dengan keupayaan kereta EV itu. Antara salah satu faktornya, kekurangan stesen pengecasan di kawasan awam dan sepanjang lebuh raya negara ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Izzuddin Yussof berkongsi pengalamannya yang berpeluang test drive Tesla milik kawannya, yang beliau berpendapat pengalaman itu sangatlah membuka matanya.

Berikut adalah perkongsian peribadi Izzuddin Yussof mengenai model kereta EV berkenaan. Hantaran asal dibuat melalui akaun Facebook peribadinya.

Pernah baca ada orang kata Tesla ni ibarat iPhone iaitu — tidaklah hebat mana, tapi pentaksub ramai dan harganya overpriced.

Jujurnya, saya ada juga skeptikal dengan Tesla ni, terpengaruh gak dengan orang cakap ianya macam iPhone (overhype). Tapi lepas test drive sendiri tu, mengarut la. Ia bukan overhype, kereta itu memang power — Redefining cars.

1. Tesla sebenarnya kereta berteknologi ‘Level 2 Autonomous Driving’ yang antara paling murah

Yup. Dia bukan iPhone di situ. Memang Mercedes ada buat autonomous driving, sama juga dengan Ford, Audi, BMW, Cadillac (GM) dan pelbagai lagi. Tapi semua itu hanya ditawarkan dekat kereta mereka yang paling high-end. Audi A8, Mercedes S series, BMW 7 series. Semua harga lebih daripada RM400,000. Sedangkan Tesla Model 3 boleh dapat dalam RM200,000-RM300,000.

Jadi tak, Tesla bukan macam iPhone yang jual pada harga premium tanpa sesuatu yang istimewa.

2) Tesla bukan mengenai EV, ia adalah mengenai teknologi

Bila cakap pasal Tesla, orang suka laa compare dengan kereta EV yang lain. Tak, Tesla is not about EV. Saya tak pernah berminat dengan EV dan bagi saya untuk negara pengeluar minyak macam Malaysia, EV menjadi kurang menarik.

Tesla adalah mengenai teknologi. EV hanyalah sebahagian daripada teknologi. Autonomous Driving hanyalah sebahagian daripada teknologi itu.

Selain daripada EV dengan autonomous driving, teknologi sistem audio dia pun sangat menarik. Macam pawagam atau kalah pawagam. First time dengar, serious akan kagum.

Kamera dia pun sangat jelas. Kereta Tesla tidak pernah ‘turn off‘ sepenuhnya. Dia sentiasa mod on standby. Macam telefon kita itu. Dan kamera dia semua sentiasa on, jadi Tesla tidak perlukan dashcam tambahan. Dan tak bijaklah sesiapa yang cuba cari pasal dekat mana Tesla berada. Muka pasti jelas terakam.

Dia punya sistem yang tunjuk setiap kenderaan/manusia/binatang dekat mana dalam skrin pun sangat power. Sistem boleh kesan sampai sejauh 10-20 meter dengan ketepatan yang sangat mengagumkan, terutamanya dari segi kedudukan dan jarak setiap kenderaan itu.

Masa dekat UK memandu dalam kabus, mata kawan dah tak nampak dah, yang selamatkan dia hanyalah auto-pilot Tesla. Satu lagi masa kawan itu memandu dekat UK, berhenti lampu isyarat tiada orang, tapi Tesla itu boleh kesan ada ‘orang’ di situ.

Sumber Gambar: FB Izzuddin Yussof
3) Tesla bukan untuk sedap memandu, sebab dia buat kereta untuk jadikan orang tidak perlu memandu

Jujurnya Tesla masih belum capai full autonomous driving (malahan jauh lagi). Tidak boleh lagi sampai ke tahap masukkan destinasi, dia pergi sendiri daripada tempat parking, tanpa perlu buat apa, dan sampai destinasi pun parking sendiri

Tidak, belum. Tetapi autopilot dia kalau guna dekat jalan masa dah bergerak tu, memang dah sangat best. Dia mempunyai jarak dengan kereta depan, brek, berhenti kalau kereta depan berhenti, jalan balik kalau kereta depan jalan, dan kekalkan atas tengah lorong itu.

Proses menukar lorong untuk kita menjadi sangat mudah terutamanya pemanduan jarak jauh atau ketika kesesakan lalu lintas.

4) Tesla juga masih dikategorikan antara kereta EV yang paling berkuasa

Tapi kalau nak juga compare pasal EV, masih tiada yang boleh kalahkan Tesla pada harga dia.

Kelajuan pecutan 0-100km/j hanya dalam 3-4 saat. Laju macam mana itu? Macam naik roller coaster. Kalau mendadak tekan pedal, orang dalam kereta boleh terpelanting ke belakang. Ini sebenarnya berlaku.

Jarak pemanduan bergantung pada model, kira-kira sekitar 450 – 550 kilometer. Sekali lagi, setahu saya kereta EV sepenuhnya yang pada harga Tesla atau lebih murah, boleh capai sejauh Tesla.

Kelajuan maksimum sampai 230km/j, sekali lagi, majoriti kereta EV saya tengok sampai 160km/j sahaja. Sangat mengecewakan saya.

Dari segi kos elektrik? Kalau dekat Malaysia, secara purata penggunaan Tesla dapat menjimatkan kos minyak sebanyak 65% (mengikut kiraan Google Bard).

5) Hanya dengan kemas kini perisian, prestasi kereta boleh berubah dan fungsi bertambah

Tesla sentiasa mengemas kini perisiannya, dan setiap kali kemas kini, akan ada benda berubah. Kawan cakap ada sekali itu dia update, tiba-tiba kereta boleh pergi lagi jauh. Ada masa update, sistem auto pilot jadi lagi smooth.

Dan paling best semua update ni boleh dibuat menggunakan Wi-Fi rumah. Tak perlu pergi pusat servis dia ke apa. Tak macam sesetengah kereta EV yang lain.

Kalau ada fungsi baharu pun, contoh macam full-self driving function, pun boleh dibeli sahaja sistem itu secara online. Tak perlu nak pergi service centre ke apa. Jadi teknologi kereta kita tidak akan tertinggal, sebab kereta boleh upgrade hanya dengan mengemaskini perisian.

Memang pemilik Tesla cakap tiada keperluan untuk pergi servis ke apa. Jika perlu pergi pun, hanya untuk tukar brake pad sahaja.

Sumber Gambar: FB Izzuddin Yussof
6) Bateri dengan jarak pemanduan yang jauh

Bateri kereta Tesla akan perlu tukar bila sampai masanya, dan saya dulu rasa ini benda tidak best, sebab bateri dia mahal.

Tapi ada artikel cakap, lepas guna 100,000 batu (~160,000 km), bateri Tesla punya kapasiti baru kurang sebanyak 5%, bermaksud daripada boleh memandu sejauh 450 kilometer, sekarang tinggal 427 kilometer. Okay lagi.

Tiada beza mana pun. Sedangkan 160,000 km tu jarak yang biasanya orang dah nak jual dah kereta tu. Tesla sarankan untuk tukar bateri selepas kapasiti kurang 20%.

Elon Musk sendiri jangkakan, bateri Tesla hanya akan kena tukar selepas 300,000-500,000 batu (~482,000-804,000 kilometer). Pernah jumpa orang guna kereta mileage sampai banyak itu? Tak pernah kan? Jadi effectively sebenarnya kita tidak perlu tukar pun bateri kereta Tesla selama ini. By the time kena tukar, kita beli baru saja rasanya sebab berpuluh tahun dah usia kereta itu.

7) Harga Tesla di Malaysia

Tesla yang jual kat Malaysia ada dua varian utama. Satu UK, satu Jepun.

Kelebihan model UK, semua benda compatible dengan Malaysia seperti plug dan radio frekuensi. Kelebihan model Jepun pula, dia murah. Sebab Tesla memang rendahkan harga di Jepun sebab kena bersaing dengan Nissan dengan Toyota.

Kalau Tesla masuk Malaysia secara rasmi pun, harga Tesla yang diimport daripada Jepun masih akan lebih murah daripada harga rasmi dekat Malaysia.

Berapa harga Tesla daripada Jepun? Boleh dapat semurah RM228,000. Kalau model UK, tambah la dalam RM30,000 daripada harga itu. Saya rasa harga dah jatuh banyak sejak Tesla umumkan mereka nak masuk Malaysia secara rasmi. Itu model paling murah, tetapi masih ada sistem auto-pilot dan semua teknologi lain.

Kesimpulannya, selepas test drive Tesla tempoh hari, sebagai seorang yang sukakan teknologi, memang saya aim untuk beli Tesla.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.