Memiliki telefon pintar sememangnya sebuah keperluan pada ketika ini. Lebih-lebih lagi buat individu yang mahu menjalankan perniagaan di mana telefon pintar sangat diperlukan bagi tujuan berhubung sama ada secara panggilan mahupun aplikasi permesejan.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila isteri kepada usahawan, Datuk Aliff Shukri iaitu Datin Shahida telah menerima sebuah mesej daripada seorang individu yang mintak belikan beliau sebuah Apple iPhone 14 Pro Max.
Baca Juga:
- Demi Beli iPhone 14, Pasangan Ini Sanggup Jual Bayi Berusia 8 Bulan
- Sudah Berusia 16 Tahun, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dilelong Pada Harga Hampir RM900,000
- Tawarkan Caj Serendah RM200 Dengan Guna iPhone, Servis Video Perkahwinan Lelaki Ini Laris Ditempah
Lebih mengejutkan lagi, beliau memaklumkan sebelum ini sudah pernah mengumpulkan duit membeli iPhone 14 Pro Max walau bagaimanapun duitnya hilang.
Beliau memaklumkan mahukan telefon pintar tersebut bagi tujuan bisnes di mana beliau berminat untuk membuka kedai seakan Datuk Aliff Shukri dan Datin Shahida.
https://www.instagram.com/p/CvwG5iwywnR/?utm_source=ig_embed&ig_rid=a92d6c89-52d5-47d2-a51a-f8847620d24f
Tindakannya yang penuh selamba meminta telefon pintar yang berharga mencecah RM8,299 ini telah mendapat perhatian Datin Shahida yang nyata terkejut dengan permintaan individu ini.
Menurut Datin Shahida, beliau sendiri masih lagi menggunakan telefon pintar daripada model terdahulu dan sudah lagi tidak menukarnya.
Perkongsian Datin Shahida turut mendapat perhatian para netizen yang turut terkejut dan pelik dengan permintaan individu ini. Malah, terdapat netizen yang mencadangkan agar individu ini meminta Datin Shahida membuka butik beserta pembayaran gaji pekerja sekali.
Seperti ramai sedia maklum, memiliki model terbaru iPhone bukanlah syarat utama untuk membuka bisnes. Adalah lebih baik untuk memulakan dengan apa yang ada di tangan terlebih dahulu sebelum memilih untuk membeli barangan kemahuan yang lebih mahal dan menelan belanja yang besar.