Selangor FC (SFC) akhirnya kembali ke final Piala FA selepas enam tahun apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas Terengganu (TFC) pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor yang juga juara lima kali mara dengan agregat 6-4 selepas tewas 2-3 pada aksi pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, bulan lepas.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Lebih menarik, mereka membuat kejutan apabila menyenaraikan Faisal Halim di bangku simpanan selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat terkena simbahan asid bulan Mei lalu.
Pesta gol Selangor bermula seawal minit ketiga selepas kapten mereka, Safuwan Baharudin menanduk masuk bola sepakan sudut Yohandry Orozco.
Tiga minit kemudian, Safuwan sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila mudah menanduk masuk bola sepakan sudut Orozco sekaligus memastikan Selangor mendahului dengan aggregat 4-3.
SIUU kedengaran di Stadium MBPJ!!
Aura yang luar biasa dibawa oleh Faisal Halim. Selangor terus melangkah ke depan!#FACup2024 #DemiLigaKita #SELTER pic.twitter.com/upkt84Q6ra
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 3, 2024
Tersentak dengan jaringan tersebut, Terengganu bangkit mengandakan asakan dan berhasil menjaringkan gol pada minit ke 22 menerusi rembatan Ismaheel Akinade yang tertampan pertahanan Selangor, Fazly Mazlan sebelum menerjah jaring.
Safuwan melengkapkan hatrik menerusi rembatan pada minit ke-55 sebelum pemain gantian, Reziq Bani Hani mengesahkan kemenangan Selangor dengan meledak gol keempat pada masa kecederaan.
Gol minit akhir Selangor yang dijaringkan oleh Reziq Banihani mematikan harapan Terengganu ke 'final'.#DemiLigaKita #FACup2024 #Selter pic.twitter.com/ACzhNh5J8F
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 3, 2024
Kali terakhir Selangor mara ke final Piala FA pada tahun 2018 yang mana mereka tewas 0-2 kepada Pahang.
Mereka akan bertemu sama ada Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Kedah Darul Aman (KDA) di final Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, ramai peminat menjangkakan JDT akan menjadi lawan Selangor di final sekaligus membayangkan aksi yang cukup sengit ketika perlawanan itu.