Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan telah ditutup selama 2 tahun untuk dinaik taraf bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada orang awam.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok bernama Insan Zakir telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan R&R Seremban terkini yang mana sudah dibuka kepada orang awam.

Menerusi video yang dikongsikan, rekaan bangunan R&R tampil lebih moden dan cantik. Ruang makan juga sangatlah luas serta dilengkapi dengan kipas gergasi yang akan menyejukkan keseluruhan kawasan tersebut.

Selain tandas yang bersih, dia juga memuji fasiliti surau yang bukan sahaja selesa malah menitikberatkan ciri mesra OKU. Memandangkan ia membawa konsep ‘terbuka’, maka surau ini mempunyai sistem pengudaraan yang bagus serta membenarkan cahaya semula jadi memenuhi ruang surau.

Setakat ini, masih banyak outlet yang belum dibuka namun semua ini akan berubah pada masa kelak. Tidak hanya mempunyai ruang duduk yang banyak, setiap padanya juga mempunyai plag elektrik untuk memudahkan pengecasan gajet anda.

Malah, Insan Zakir menggelarkan ia sebagai R&R paling cantik di Malaysia setakat ini.

Untuk pengetahuan semua, Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (Arah Selatan) menjadi hentian pertama di negara ini direka bentuk menggunakan teknologi hijau.

@insanzakir

RnR paling cantik dekat Malaysia, cuma tulah banyak outlet belum open, nanti nak singgah lagi mana yang turun selatan tu singgah tau #rnrserembanselatan

♬ The Perfect Girl – Arabic Version – YAD Oud

Hantaran video itu ternyata meraih perhatian netizen yang mana semua memuji akan perubahan R&R Seremban yang tampak lebih cantik dan selesa berbanding sebelumnya.

Sumber Gambar: TikTok Insan Zakri
Sumber Gambar: TikTok Insan Zakri

Memandangkan budaya vandalisme masih wujud, netizen berharap agar masyarakat boleh menjaga rapi tahap kebersihan dan fasiliti yang disediakan secara berterusan.