Sebelum ini, Anthony Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan baru sahaja menyandang jawatan tersebut, Anthony telah menyamar untuk melihat sendiri keadaan fasiliti pengangkutan awam di ibu negara.
Selepas lawatan mengejut Anthony, dia mendapati banyak kerosakan berlaku di beberapa fasiliti pengangkutan awam dan dikatakan tindakan lanjut akan diambil bagi memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam.
Baca Juga:
- Etika Menaiki Eskalator Diamalkan Oleh Rakyat Malaysia Sebenarnya ‘Merbahaya’?
- Miliki Rekod Cemerlang, Kesatuan Pekerja KTMB Mahu Anthony Loke Dilantik Sebagai Menteri Pengangkutan
- Baru Sahaja Dibaiki, Tindakan Seorang Remaja ‘Matikan’ Eskalator LRT Cetus Pertikaian Netizen
Terbaharu, kecoh di TikTok apabila beberapa orang berkongsi video memaparkan eskalator di LRT KLCC telah dibaiki selepas 3 tahun ‘diselenggara’ dan seperti tiada harapan akan dibaik pulih.
@zimilx After 1000 years, we can finally see some improvement at the KLCC subway station.
@tengkumer Is this really happening? 😲
https://www.tiktok.com/@wasabimyy/video/7175831098369363226?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
Lantaran itu, rata-rata netizen terutama sekali mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berasa gembira dan bersyukur akhirnya eskalator tersebut dibaiki serta berharap tempat lain juga akan dibaiki.
Bukan itu sahaja, para netizen juga memuji Anthony Loke kerana tindakannya yang pantas turun padang melihat keadaan fasiliti pengangkutan awam kini semua kemudahan yang rosak mula dibaiki.
Malah, rata-rata netizen juga berharap servis pengangkutan awam akan lebih dipertingkatkan untuk keselesaan para pengguna sekaligus menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam.