Bekas pasangan suami isteri, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mengesahkan bahawa mereka kini sudah kembali bercinta.
Dalam satu video yang spontan dan kelakar, beberapa hari lalu, Datuk Red mengesahkan dia dan Adira sudah 5 hari bercinta.
Datuk Red dan Adira pernah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015. Dan mereka membuat keputusan untuk bercerai secara baik pada 24 April 2024 dengan lafaz talak satu.
Walaupun sudah bercerai hubungan Adira dan Datuk Red kekal rapat. Di mana Adira turut membantu bekas suaminya itu dalam usahanya bangkit.
Adira membantu Datuk Red ketika dia mengadakan sesi berniaga secara online di platform media sosial.
Sebelum ini, Datuk Red pernah secara spontan mengucup dahi Adira. Perkara itu agak kontroversi dan ramai yang mencadangkan agar mereka berdua kembali bersatu. Terutama sekali demi anak anak mereka.
Terbaru, Datuk Red ‘declare’ bahawa dia dan Adira sudah kembali bercinta.
Dalam video tersebut Datuk Red dilihat keriangan dengan kejayaan dapat memenangi semula hati Adira.
Dia berkata: “Saya nak cakap, hari ini hari kelima kami couple.”
@rozieyanti semoga dipermudahkan urusan tok n ami amin #abgred #adirasuhaimi #doayangbaikbaik #fypシ゚viral @abg red @adirasuhaimi.AMI
Selepas siaran tersebut, Datuk Red turut menyatakan bahawa apa yang berlaku bukan konten semata mata.
Menurutnya, Adira menerimanya kembali setelah melihat perubahan dalam dirinya. Dan Datuk Red sudah berbincang dengan keluarga Adira untuk berkahwin semula dengan Adira.
Lagipun menurut Datuk Red, keluarga Adira juga pernah menasihati mereka berkahwin semula kerana usia mereka yang bukannya muda lagi.
Dipetik dari sumber Kosmo, Datuk Red berkata: “Ya, saya dan Adira kembali bersama. Apa yang dilihat dalam siaran langsung sebelum ini memang kami berdua telah pun berbaik semula.
“Syukur Adira memberi peluang selepas melihat perubahan saya. Saya juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan kami.”
Menurut Datuk Red lagi, dia dan Adira merancang untuk berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan. Buat masa ini, dia dan Adira fokus kepada usaha mencari rezeki terlebih dahulu.