Sekitar Rabu lalu, tular di media sosial apabila terdapat seorang minah salleh yang membuat kecoh di butik Dior, KLCC gara-gara tidak dihalang untuk memasukinya kerana tidak memakai pelitup muka.

Tindakan beliau yang mendakwa mereka yang memakai pelitup mula sebagai komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih diberikan kepadanya sekaligus telah membuat para netizen berang.

Bukan itu sahaja, tindakan beliau nampaknya turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin yang menyuruh wanita ini mengikut SOP yang ditetapkan.

Di sangka telah mengambil iktibar terhadap insiden yang berlaku, beliau nampaknya sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas terdapat pengguna seorang Twitter yang sempat merakam telatah beliau di Bangsar Shopping Centre (BSC).

Menerusi video yang tular, beliau dilihat bertengkar dengan pihak pengawal selepas dihalang memasuki pasar raya berkenaan gara-gara tidak memakai pelitup muka.

https://twitter.com/nabilaaazeez/status/1453917960477687816

Tindakan beliau yang penting dengan diri sendiri sekaligus turut membuatkan para netizen berpendapat untuk meminta wanita ini pulang ke negaranya. Terdapat juga netizen yang memuji dengan tindakan pihak pengawal yang penuh tenang mengawal situasi serta meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan.

https://twitter.com/syrfdnwan/status/1453981141791227910

Melihatkan kepada kali kedua dalam seminggu beliau menjadi perhatian netizen, diharap beliau dapat mengikut SOP yang ditetapkan dalam memudahkan beliau untuk memasuki sebarang premis sekaligus memudahkan urusan individu lain.

Ketahui lebih lanjut mengenai kekecohan yang dibuat wanita ini pada butik DIOR selepas dihalang kerana tidak memakai pelitup muka.

Minah Saleh Ini Berang Kerana Dihalang Masuk Butik Mewah Tanpa Pelitup Muka Di KLCC

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen