Kecoh sejak beberapa hari lalu di media sosial apabila tular seorang wanita berbangsa India mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis memaki dan memperlekeh dua jawatan anggota polis di tempat awam.

Tindakan beliau telah membuatkan anggota polis itu membuat laporan polis manakala rakaman yang tular itu sekaligus menjadi bahan bukti.

Terbaharu, siapa sangka kelibat wanita ini sekali dirakam selepas membuat kecoh di tempat parkir. Berpakaian hampir sama seperti video yang tular sebelum ini, pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila dilihat berang setelah seorang wanita meninggikan suara sewaktu beliau mahu parkir kereta Perodua Bezza.

@viralkiniofficial

Inspektor Shila berjaya tular sekali lagi 😂🤣 untuk kali ini kejadian berlaku di parking pula #pdrmmalaysia #shiela #bukitaman #viralkini #tiktokmalaysia #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #foryourepage

♬ original sound – Viralkiniofficial – Viralkiniofficial

“Dia bukak kereta dan menjerit hoi!” ujar pegawai polis tersebut kepada seorang wanita yang parkir kereta di sebelahnya.

Tidak hanya berang mengenai teguran yang dibuat orang awam itu, Inspektor Sheila itu turut merakam kelibat orang yang menegurnya sambil menjelaskan satu persatu pakaian wanita tersebut.

Tindakannya yang dilihat tidak normal serta tidak melambangkan pegawai polis ini sekaligus telah mendapat perhatian para netizen. Terdapat para netizen yang mendakwa wanita ini tidak siuman. Tidak kurang juga yang mahukan wanita ini dikenakan tindakan lanjut.

Sumber: malaysiagazette
Sumber: malaysiagazette

Sebelum ini, wanita ini turut pernah mengaku dirinya sebagai pegawai kanan polis di Bukit Aman. Sama-sama kita nantikan tindakan lanjut yang dikenakan kepada wanita ini selepas perlakuannya yang dianggap pelik oleh orang ramai.