Acara automotif di Shanghai menjadi tumpuan media seluruh dunia apabila ada seorang wanita membuat protes dengan memijak bumbung kereta pameran Tesla kerana mendakwa kereta miliknya mempunyai masalah brek.
Terbaru, Tesla telah mendedahkan log data kereta wanita tersebut (dikenali sebagai Zhang) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kereta Tesla Model 3 tersebut dipandu oleh bapa kepada wanita tersebut pada kelajuan 118.5km/j sebelum terlibat dengan kemalangan.
Menurut media tempatan, satu jam sebelum kemalangan kenderaan tersebut telah pun diperlahankan 48.5km/j dan data turut menunjukkan bapa wanita tersebut telah menekan brek lebih 40 kali setengah jam sebelum kemalangan. Data Tesla turut mendedahkan kenderaan tersebut telah bergerak melebihi 100km/j melepasi beberapa lokasi.
Mengikut satu laporan, Tesla dan Zhang telah ‘bertikam lidah’ selama beberapa bulan mengenai samada kereta itu dipandu laju dan sistem brek gagal berfungsi. Tesla tegas dengan pendiriannya berdasarkan data kenderaan, tetapi Zhang menuduh data tersebut telah diubah.
Pengawal selia pasaran Zhengzhou, Henan, lokasi kemalangan tersebut berlaku telah memerintahkan Tesla cawangan tersebut untuk memberikan data pemanduan lengkap selama 30 minit sebelum kemalangan itu terjadi kepada wanita tersebut.
A female Tesla owner climbed on top of a car’s roof at the Tesla booth to protest her car’s brake malfunction at the Shanghai auto show Monday. The booth beefed up its security after the incident. pic.twitter.com/ct7RmF1agM
— Global Times (@globaltimesnews) April 19, 2021
Agensi berita Xinhua yang dikendalikan oleh negara China menerbitkan sebuah artikel pada hari Selasa yang menyatakan bahawa kualiti kenderaan elektrik Tesla mesti memenuhi jangkaan pasaran untuk memenangi kepercayaan pengguna.
Beberapa jam kemudian, pihak berkuasa negara tersebut telah memuatnaik komen pada akaun WeChat yang mengatakan bahawa Tesla harus menghormati pengguna China dan mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
Tesla came under increased pressure in China from regulators and state media after Monday's protest by a disgruntled customer at the Shanghai auto show went viral and forced the electric car maker into a rare apology https://t.co/gilwBgqgrZ
— Reuters (@Reuters) April 22, 2021
Pihak Tesla telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mendedahkan data log kereta milik Zhang setelah didesak oleh pengawal selia pasaran Zhengzhou.
Isu ini telah ‘memburukkan’ nama Tesla kerana lebih banyak pelanggan telah menggunakan media sosial untuk mengadu kekurangan servis perkhidmatan pelanggan dan pihak Tesla kelihatan seperti tidak berminat untuk menangani masalah mereka.
Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana seorang wanita membuat protes semasa satu acara automotif sedang berlangsung di Shanghai.
Berang Isu Brek Kereta Tesla, Wanita Ini ‘Protes’ Semasa Acara Automotif Berlangsung