Tidak semua orang gemar memandu kenderaan sendiri untuk melancong dan memilih menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kapal terbang, keretapi dan sebagainya.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @beyyayim telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya dan suami menaiki bas ekspres mewah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
@beyyayim Korang pernah naik bas Aeroline tak? Tak pernah? Hmm lemahhhhhh. #Aeroline #basexpressmalaysia #aerolinebasmalaysia🚌🚌🚌
Menerusi video tersebut, dapat dilihat tempat duduk di dalam bas memiliki ruang yang lebih besar berbanding bas ekspres biasa. Malah, terdapat kemudahan seperti tablet disediakan untuk para penumpang menonton filem sebagai hiburan sepanjang perjalanan.
Bukan itu sahaja, tandas juga ada di dalam bas ekspres tersebut dimana anda tidak perlu tunggu bas berhenti di kawasan R&R. Harga tiket iaitu RM60 sudah termasuk dengan makanan yang diberikan ketika perjalanan dan anda juga boleh meminta selimut jika berasa sejuk dalam bas.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan harga bas ekspres mewah ini yang boleh dikatakan sangat mampu milik.
Malah, para netizen turut teruja mahu mencuba bas ekspres ini jika mereka melancong kelak. Ada juga segelintir netizen yang pernah menaiki bas ekspress mewah, Aeroline ini memberikan pujian atas perkhidmatan yang cukup baik.
Tahukah anda bahawa ada bas ekspres mewah lengkap dengan smoking room? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Bas Ekspres Mewah Lengkap ‘Smoking Room’ Didakwa Langgar Undang-Undang Pengangkutan Awam