Pada hari semalam tular kisah dua budak dilaporkan hilang ditemui selamat selepas lebih sembilan jam terperangkap dalam lif.
Menerusi laporan semasa, kejadian tersebut didakwa berlaku disebabkan lif sedang diselenggara pada ketika itu.
Baca Juga:
Bagaimanapun tular rakaman CCTV lif menunjukkan perkara sebenarnya yang berlaku.
Kedua-dua budak terbabit masuk ke dalam lif pada 19 Ogos, pukul 2.13 petang. Mereka masuk lif di tingkat sembilan kawasan perumahan tersebut.
Apabila lif sampai di tingkat tujuh, pintu dibuka namun tiada sesiapa yang masuk.
Salah seorang budak yang memakai selipar berwarna biru, menanggal selipar kanan lalu diletakkan di antara pintu lif yang sedang ditutup.
Ketika di tingkat empat, budak itu menarik seliparnya lalu lif terus berhenti serta-merta.
Menurut satu laporan yang dikongsikan bersama video yang tular itu juga, difahamkan lif tersebut tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah insiden vandalisme tersebut.
“Lift di blok 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakkan. Akan tetapi disebabkan vandalism akibat daripada kanak-kanak tersebut meletakkan objek selipar ditengah-tengah pintu lif menyebabkan sistem auto-lock diaktifkan dan lif terus berhenti,” petik laporan berkenaan.
Warganet berharap perkara vandalisme seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang. Fasiliti-fasiliti yang ada di kawasan perumahan merupakan kegunaan untuk kesenangan penduduk setempat.