Penganjuran Sepak Takraw League (STL) semakin menghampiri penghujung apabila kempen Champions Cup 2024 akan bermula pada 13 November ini di Stadium MPSJ, Serdang Jaya.
Seperti dilaporkan sebelum ini, selain daripada empat pasukan tangga teratas STL 2024 selepas tamat lima Grand Prix (GP) iaitu Kuala Lumpur Thunder, Perak Bison, Selangor Pistons dan Negeri Sembilan Antlers, empat lagi pasukan merupakan kelab jemputan.
Kelab yang dimaksudkan ialah Royal Thai Air Force, Garuda Sepak Takraw dari Indonesia, India Fighters (India) dan MGPC Singapore.
Royal Thai Air Force nyata memandang serius pertandingan melibatkan lapan pasukan ini apabila membariskan empat pemain skuad sepak takraw kebangsaan yang diketuai tekong legenda berusia 35 tahun, Siriwat Sakha.
India Fighters juga tidak kurang hebatnya dengan menyandarkan harapan kepada apit kanan berkualiti yang turut beraksi bersama skuad kebangsaan India, Yumnam Akash.
Dalam undian yang dilakukan pada GP Johor tempoh hari, Kuala Lumpur Thunder berada dalam kumpulan A bersama Negeri Sembilan Antlers, Garuda Sepak Takraw dan MGPC Singapore.
Manakala Perak Bison berdepan tugasan sukar apabila Selangor Pistons, Royak Thai Air Force dan India Fighters menanti dalam kumpulan B.
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain pasukan jemputan dalam STL Champions Cup 2024:
Royal Thai Air Force Sepak Takraw Club
1) Siriwat Sakha
2) Wichan Temkort
3) Nichakul Seehakai
4) Pichet Pansan
5) Puthawan Sopa
Jurulatih – Pollapart Supakarn
Garuda Sepak Takraw
1) Hafis
2) Rezanov Kurniawan
3) Nazaruddin
4) Fajar Pratama Putra
5) Bibi Syahbani
Jurulatih – Arisman
India Fighters
1) Yumnam Akash
2) Kumar Bobby
3) Arun
4) Singha O. Amarjit
5) Sorakhaibam
Jurulatih – Dahiya Yogender Singh
MGPC Singapore
1) Muhammad Danish
2) Akmal Musyaraf
3) Youri Adli
4) Zaihirrman
5) Raziq
Jurulatih – Salleh bin Nanang