Pada zaman yang sangat tidak stabil dan selamat hari ini menyebabkan orang ramai banyak menggunakan perakam video dashcam dan CCTV sebagai langkah berjaga-jaga untuk merekod ‘bukti’ apabila ada sesuatu perkara tidak diingini berlaku.
Tular satu rakaman video CCTV lengkap dengan audio tular di Twitter, dua orang lelaki bergaduh kerana jiran kepada rumah yang memasang CCTV mendakwa alat elektronik itu sentiasa mengganggu privasi rumahnya.
Jiran datang serang Rumah pasal CCTV boleh tala Rumah dia pic.twitter.com/V76COnENOJ
— Travel Jimat (@TravelJimat) April 27, 2022
Lelaki tersebut mengamuk di hadapan rumah pemilik CCTV itu sambil diperhatikan oleh beberapa lelaki yang lain. Dalam pertengkaran itu, jelas kedengaran lelaki itu marah apabila mendapati CCTV itu sentiasa berpaling ke arah rumahnya apabila isterinya berada di hadapan rumah.
Hantaran video itu telah menarik perhatian warganet lain yang berpengalaman mengenai kamera CCTV. Menurut mereka, ada sesetengah model CCTV mempunyai mod ‘Movement Detection‘, di mana sensor akan mengesan pergerakkan lalu CCTV secara automatik mengikut dan merakam objek yang bergerak itu.
Tambah orang ramai lagi, mod tersebut boleh dinyahaktifkan dan set kamera CCTV itu untuk merakam situasi di hadapan kawasan rumah sendiri sahaja.
https://t.co/oZWGSWg3QU
Boleh set zon pergerakan pengesanan kamera.set kawasan rumah kita sahaja.Tapi kalau jadi polis,aku bagi dua ekor ini kayu suruh selesai cara lelaki.Kah.— Sauffie (@Sauffie_84) April 28, 2022
Kau off je la motion sensor tu bang, bab privacy ni mmg leceh sikit.
— Emman ™ (@namme127) April 28, 2022
Tambah netizen lagi, ada baiknya juga mempunyai CCTV yang mampu bergerak untuk merekod situasi penuh kerana ia sangat membantu pihak-pihak yang terlibat untuk melihat semula rakaman bukti yang ada.
Lebih-lebih apabila ada berlakunya kemalangan, rompakan atau penculikkan di hadapan kawasan rumah.
https://twitter.com/NrlzwatiSokhir_/status/1519519502374883328?s=20&t=KVeI_GaanV_Xk1qTRE28rw
dulu rumah kena rompak & belum ada cctv, kita minta tolong jiran tengokkan pakai cctv dia. alhamdulillah membantu sangat! tapi kalau dapat jiran macam ni apa pun tak boleh
— RyanMohamad 🅴 (@RyanMohamad) April 28, 2022
Pada masa yang sama ada juga netizen menyatakan mungkin kedua-dua pihak tersalah faham mengenai mod ‘Movement Detection‘ lalu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak.
Pemilik CCTV mahu memastikan keselamatan di bahagian kiri dan kanan kawasan kejirannya terjaga. Tetapi jirannya pula menyalah anggap bahawa CCTV itu sengaja disetkan untuk ‘mengganggu privasi’ rumahnya.
Bagaimanapun, pemilik CCTV pula mungkin terlepas pandang bahawa ada jiran sangat sensitif apabila melibatkan privasi ruang rumahnya, walaupun CCTV itu mendatangkan banyak kebaikkan.
Kalau jiran x setuju kena hormat hak jiran bang. Walau nampak kebaikan di situ tp jiran boleh saman utk menjaga privasi rmh nya.owner kena tukar posisi yg menghadap ke rmh nya sj.
— Emma Daud (@EmmaDaud2) April 28, 2022
Menurut laporan Kosmo, seseorang individu boleh dikenakan tindakan saman di mahkamah sekiranya memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan menghalakan alat elektronik ke rumah orang lain.
Menerusi perkongsian seorang peguam, Syaz.MJ berkata, tindakan memasang CCTV dengan menghalakannya ke rumah jiran sebagai satu tindakan salah dan pihak terbabit boleh disaman di mahkamah bagi proses undang-undang.
“Salah jika pasang CCTV hadap terus rumah jiran kerana disifatkan sebagai mengganggu privasi. Mereka boleh disaman di mahkamah dan ada kes yang menang,” terang beliau menerusi satu video di TikTok miliknya.
@syaz.mj Terganggu dengan CCTV jiran menghadap direct rumah anda? Ketahui hak anda. #lawyersyaz kongsikan. #peguamhartanahanda #tahukahanda #legal #property
Sementara itu seorang pekerja kedai makanan segera dikenakan tindakan setelah menyebarkan rakaman CCTV outlet dia bertugas ke media sosial. Baca lebih lanjut melalui pautan di abwah.
Pekerja Tular Video Pelanggan Makan Ketika Ramadan, Ini Kenyataan Rasmi Daripada Burger King