Sistem pembayaran tol saban hari semakin canggih, bermula dengan pembayaran secara tunai sehinggalah penggunaan bayaran secara digital seperti Touch N’ Go, SmartTag, sistem RFID dan ERP yang telah memudahkan orang ramai setiap kali melalui jalan yang mempunyai tol.

Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek yang berdurasi 21 saat menunjukkan sebuah van berwarna putih memecut laju melepasi tol dalam satu ujian Sistem RFID.

Menurut Kompas.com, rakaman ujian sistem tersebut dibuat di tol jalan Simpang Susun Waru-Bandara Juanda, Surabaya. Tol tersebut dikendalikan oleh syarikat PT Citra Marga Nusaphala Persada (PT CMNP). Anissa Indrayanti, wakil PT CMNP mengesahkan video yang tular baru-baru ini.

“Ya, video ujian ini dilakukan di tol jalan Waru-Juanda milik anak syarikat CMNP di Surabaya,” katanya.

Tambah Annisa lagi, video tersebut bukanlah video yang baru terjadi, tetapi telah dirakam semasa tahun 2017.

https://www.youtube.com/watch?v=weHbH2S8Jlk

“Video ini dirakam pada tahun 2017. Pada masa itu kami menguji sistem RFID SLFF (Single Lane Free Flow). Sistem SLFF ini tidak jauh berbeza dengan Sistem Multi Lane Free Flow (MLFF), cuma yang membezakannya ialah penghadang yang ada pada tol untuk Sistem SLFF ini,” jelas Annisa.

Walaupun kita dapat lihat dengan jelas ujian Sistem RFID SLFF ini telah ‘berjaya’, tetapi sistem ini masih belum lagi digunapakai pada tol jalan Waru-Juanda. Terang Anissa, mereka cuma mahu membuat ujian sahaja ketika itu.

Pada bulan lalu, Jokowi meminta pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan pembinaan ‘Tol Langit’ untuk semua rakyat menerima internet sama rata.

Mahu Seluruh Rakyat Terima Internet Sama Rata, Jokowi Minta Tingkatkan Pembinaan ‘Tol Langit’

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia

Polis Indonesia Pilih Tesla Model 3 Dan Hyundai Kona Electric Jadi Kenderaan Rasmi

Sumber