Sebelum ini, Azfar Heri telah berkongsi di Twitter bahawa dirinya menerima satu bungkus plastik berisi puluhan pek kacang ketika penerbangannya bersama Malaysia Airlines.
Perkongsiannya itu telah meriah perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana menyangka dia mendapat layanan istimewa disebabkan bergelar influencer.
Oleh itu, Zarul Umbrella yang merupakan penyanyi dan juga bekas pramugara MAS telah terpanggil untuk menjawab isu tersebut. Menurutnya, sepatutnya penumpang hanya diberikan sebungkus pek kacang sahaja dan bukanlah banyak seperti itu.
@zarulumbrellaofficial Ini pendapat saya melalui pengalaman
Tambahnya, setiap penumpang hanya perlu diberikan sebungkus atau maksimum tiga hingga lima pek mengikut permintaan jika mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kalau ada penumpang yang minta untuk bawa pulang, bolehlah kita bagi pek kacang dalam 10 pek jika terdapat lebihan.” ujar Zarul
Malah, Zarul mengatakan mungkin pihak kabin kru telah menasihati Azfar untuk merahsiakan hal tersebut ataupun sebaliknya berlaku. Bukan itu sahaja, hal ini menunjukkan kesilapan berlaku kerana pelanggaran SOP.
Bagi anda yang terlepas isu ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Bangga Tayang Raih Puluhan ‘Salted Peanuts’ MAS, Perkongsian Azfar Heri Undang Pertikaian Netizen