Baru-baru ini, Dream Forest Langkawi iaitu sebuah pusat tarikan pelancongan baru yang menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi yang memukau kepada pengunjung telah dibuka secara rasmi.
Dream Forest terletak di kaki Gunung Raya dan pengembaraan interaktif di Dream Forest Langkawi ini bermula apabila matahari terbenam dan persekitaran hutan dihidupkan dengan pelbagai kisah lagenda yang dikaitkan dengan Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi.

Baca Juga:
- 5 Sebab Utama Anda Tidak Akan Rugi Menginap Di Resort World Langkawi
- Taman Tema Air Pertama Di Langkawi Dilancarkan Menawarkan 12 Permainan Menarik
@natashahudsonofficial Nak entertainment seisi sekeluarga pd waktu malam di Langkawi? Haaaaa hangpa tau dak @dreamforestofficial dah bukak dekat lubuk semilang di Langkawi? Bukan disneyland tau tapi Dream Forest. Its amazing! Anda boleh mengenali lagenda langkawi & kedah melalui storytelling, lampu & teknologi interaktif mereka tau. Kids would love it so much. Wajib pergi tau. #dreamforest #dreamforestlangkawi #fyp #fypmalaysia #tiktokmalaysia #langkawi #pulaulangkawi #langkawiisland #virallagi #natashahudson #langkawiinfluencer #malaysia #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #visitkedah #visitlangkawi #kedah #lada #naturallylangkawi #visitmalaysia2023
@fizzamie.geoparklangkawi #tandahadir✅ #dreamforestlangkawi #lubuksembilanglangkawi #tempatbaruviral #❤️❤️❤️ #langkawiisland #welcometolangkawi benda baru kami warwar kan lah🫶🫶🫶dekat area rumah jaa.. kena p lah tunjuk #muka🤪
@mizvnhvlim_ Dream Forest Langkawi is officially open for public. Something fresh, something bold, something new. This is it. LETS GO! #DreamForest #DreamForestLangkawi #Langkawi #Malaysia #AmusementPark #PlaceToVisit #NewAttraction #TiaraJacquelina #Fyp
Susulan pembukaan Dream Forest Langkawi ini, dapat dilihat sudah ramai pengunjung mengunjungi pusat tarikan pelancongan baru ini yang pastinya memberikan 1001 kenangan manis dan tempat ini dijangka akan menarik lebih ramai pelancong kelak.
Bagi anda yang mahu berkunjung ke sini, Dream Forest Langkawi dibuka dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari, kecuali hari Rabu. Harga tiket yang dikenakan untuk warganegara ialah RM68 dewasa, RM48 kanak-kanak, dan RM28 warga emas.
Untuk pelancong luar negara, harga ditetapkan pada RM98 dewasa, RM68 kanak-kanak, dan RM38 warga emas. Bagi penduduk Langkawi pula boleh menikmati harga istimewa yang cukup berbaloi iaitu RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak, RM28 warga emas.