Kejadian tidak diingini berlaku antara penyokong Indonesia selepas perlawanan menentang Australia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.
Menurut perkongsian Indonesia Hooligans di laman X, pergaduhan antara sekumpulan penyokong terjadi bermula dari dalam stadium dan kemudiannya bersambung di luar selepas perlawanan tamat.
Baca Juga:
- Ranking FIFA: Indonesia Pintas Malaysia Sekali Lagi
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Maarten Paes Cemerlang Pastikan Indonesia Ikat Australia
- Indonesia Bakal Diperkuatkan Dua Pemain Warisan Baharu
Terjadi Gesekan Antar Supporter Setelah Pertandingan Timnas Indonesia vs Australia
Diketahui gesekan sudah terjadi didalam tribun dan merembet ke luar stadion setelah pertandingan antara Timnas Indonesia vs Australia.
🎥 mmahbubi pic.twitter.com/ggPht7UOGE
— 𝐢𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐡𝐨𝐨𝐥𝐢𝐠𝐚𝐧𝐬 (@hooligansceneID) September 10, 2024
Punca kepada kejadian ini masih belum dikenal pasti namun menurut perkongsian beberapa individu di laman X ianya berpunca dari sekumpulan penyokong yang masuk secara percuma dan membuat kekecohan.
Selain itu, kumpulan penyokong ini turut menghisap rokok di dalam stadium sekaligus menyebabkan penyokong lain tidak selesa dan menegur mereka.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno semalam, penjaga gol iaitu Maarten Paes menjadi wira pasukan apabila kecemerlangan beliau membantu tuan rumah mengikat Australia dengan keputusan seri.
Tidak seperti ketika aksi bertemu Arab Saudi yang menyaksikan anak buah Shin Tae-yong cukup bertenaga, skuad Indonesia pada perlawanan ini jelas ditekan dengan hebat.
Beraksi dihadapan puluhan ribu penyokong sendiri, Indonesia bagaimanapun bermula dengan baik apabila tidak menunggu lama untuk mengasak ke kubu Australia.
Ia dapat disaksikan dengan percubaan daripada Marselino Ferdinan seawal minit pertama diselamatkan oleh penjaga gol, Matthew Ryan.
Menyerap tekanan dengan cukup baik, anak buah Graham Arnold kemudiannya mendominasi penguasaan permainan dan mencipta banyak peluang.
Namun Maarten Paes menampilkan prestasi cemerlang dimana beliau cukup kental bagi menghalang gawangnya daripada dibolosi para pemain Australia.
Pemain pertahanan, Harry Souttar mendapat dua peluang terbaik pada mini ke-21 dan ke-23 tetapi rembatan serta tandukannya dalam kawasan penalti diselamatkan dengan tenang penjaga gol FC Dallas itu.
Skrip sama berulang pada babak kedua dengan penguasaan besar permainan oleh Australia masih lagi belum mampu menghadirkan jaringan buat pasukan pelawat ekoran kecemerlangan Paes.
Kedudukan tanpa jaringan itu kekal hingga tamat permainan untuk memberikan mata kedua buat Indonesia manakala Australia meraih mata sulung selepas mereka tumbang kepada Bahrain pada aksi pertama tempoh hari di Gold Coast.