Ketua jurulatih skuad kebangsaan Australia, Graham Arnold meletak jawatan selepas pasukan itu menampilkan prestasi hambar dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Arnold yang mengendalikan pasukan sejak 2018 meletak jawatan dengan serta-merta selepas pasukan itu hanya mampu mengutip satu mata dari dua perlawanan kelayakan yang dihadapi setakat ini.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada aksi pertama, Australia tewas kepada Bahrain dan kemudiannya mereka mengutip satu mata selepas seri 0-0 ketika menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

“Saya mengucapkan terima kasih yang tulus kepada pemain, kakitangan saya, FA Australia, dan peminat atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” kata Graham Arnold dalam satu kenyataan.

“Saya telah berkhidmat selama 40 tahun kepada bola sepak Australia, dengan enam tahun terakhir dalam peranan saya sebagai ketua jurulatih Socceroos.

“Saya berkata selepas perlawanan kami menentang Indonesia bahawa saya mempunyai beberapa keputusan untuk dibuat, dan selepas berfikir mendalam, hati saya memberitahu saya sudah tiba masanya untuk perubahan, baik untuk diri saya dan kebaikan bola sepak Australia.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan berdasarkan apa yang terbaik untuk negara, pemain dan Bola Sepak Australia.

Dalam pemerintahannya selama enam tahun, Arnold mengetuai Australia mencapai penamat terbaik mereka di temasya Piala Dunia dan dua penampilan suku akhir di temasya Piala Asia.

Berikutan prestasi Australia di Qatar, Arnold diberi ganjaran dengan lanjutan kontrak selama empat tahun oleh FA dan menolak pendekatan untuk melatih di peringkat kelab untuk membimbing Socceroos ke kejohanan edisi 2026, yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Socceroos menerima kunjungan China di Adelaide pada 10 Oktober sebelum menentang Jepun yang belum tewas dalam kelayakan edisi kali ini di Saitama pada 15 Oktober.