Ketika ini, banyak tempat sedang dilanda bencana banjir. Malah, ada juga yang pertama kali berdepan dengan situasi ini dan berasa ‘hopeless’ apabila melihat kediaman kotor dan ‘musnah’ akibat banjir.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @jjo_die telah berkongsi barangan yang diperlukan untuk bersihkan rumah selepas banjir. Menurutnya, dia yang sudah terbiasa dengan bencana banjir kerana tinggal di Pantai Timur.
Aku tinggal di pantai timur, banjir agak biasa disini. Jadi aku listkan barang yang aku guna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Harap dapat manfaat untuk semua
— jodie (@jjo_die) December 20, 2021
Berikut adalah 7 barangan yang boleh memudahkan proses pembersihan rumah anda selepas banjir. Jom baca perkongsian penuh di bawah ini.
1. Water Jet
Water jet dikatakan alat yang paling penting dan paling berguna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga semasa bersihkan lumpur yang melekat di perabot mahupun di lantai dan dinding rumah. Anda boleh beli di sini.
2. Penyodok air
Penyodok air ni penting untuk memudahkan kita tarik air semasa proses pembersihan berlaku. So, tidak payah lah kita tunggu lama-lama sampai air kering. Untuk pembelian boleh klik sini.
3. Sarung tangan
Ini sangat penting. Kalau kita pakai sarung tangan, kita dapat elakkan daripada tangan melecet dan juga jangkitan kuman akibat terlalu lama terdedah dengan air banjir yang kotor.
4. Kasut boot
Pemakaian kasut boot juga sama pentingnya dengan sarung tangan kerana kita tak tahu apa yang ada di dalam air banjir. Mungkin ada binatang berbisa ataupun benda tajam.
5. Beg plastik (heavy duty)
Ini satu lagi benda penting yang perlu ada. Pastikan beg plastik yang anda guna itu heavy duty barulah tidak cepat koyak.
6. Pasir kucing
Pasir kucing ini dapat membantu untuk serap bau lumpur. Anda hanya perlu buka plastik dan biarkan sahaja ia menyerap bau itu. Boleh klik di sini untuk membeli.
7. Pewangi rumah
Selepas banjir berlaku, bau yang busuk kesan air kotor dan lumpur akan mengambil masa yang agak lama nak hilang. Maka, anda dinasihatkan untuk guna pewangi rumah dan buka semua tingkap supaya bau busuk tersebut tidak terperap dalam rumah anda.
Sebelum terlupa, anda perlulah mengocakkan air banjir dahulu untuk membuang lumpur. Malah, barang-barang rumah juga perlu dibasuh banyak kali untuk menghilangkan bau busuk, lalu keringkan dan barulah sembur air menggunakan water jet.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan banjir yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Status Halal Jadi Pertikaian Segelintir Netizen, Dr Zulkifli Jawab Isu Makan Masakan Gurdwara
Hanya Guna Kertas A4, Cara Pemilik Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir Buat Netizen Kagum
Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan