Kebersihan tetaplah perlu dijaga ketika berada di luar rumah atau di dalam rumah kerana ia melambangkan kepribadian seseorang. Bayangkan anda tinggal di satu tempat yang berbau busuk dan kotor, adakah anda berasa selesa?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @freeeeeddddddddd telah berkongsi sebuah video memaparkan keadaan mengejutkan bilik rakan serumahnya yang baru menyewa selama 3 minggu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

@freeeeeddddddddd

PENYEWA DARI NERAKA 🤮🤮🤮#tiktokmalaysia #foryourpage #foryou #fypシ #pasrah #reyhan

♬ Begitu syulit intan lembata – Intan Lembata

Dapat dilihat keadaan bilik yang menjijikkan dengan makanan terbiar di atas katil, baju berterabur dan dikatakan bilik tersebut berbau busuk sehingga menusuk ke dalam hidung.

Bukan itu sahaja, rakan serumahnya itu dikatakan suka membuang air kecil di dalam sinki dan juga membuang air besar berterabur walaupun sudah diberikan amaran berulang kali untuk tidak melakukan perkara tersebut.

Tidak tahan dengan perangai rakan serumahnya, lelaki itu tekad bertindak menghalau individu terbabit walaupun diminta diberikan masa untuk berpindah ke tempat lain.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mendakwa turut pernah berdepan dengan situasi yang sama serta mengecam penyewa pengotor tersebut.