Sebut mengenai jenama IKEA pastinya orang ramai cukup mengenalinya. Malah, mereka yang berada berada berjauhan daripada IKEA juga sanggup ke gedung ini dalam mendapatkan barangan perabot serta menjamah seleksi makanan yang tersedia.

Meskipun popular, sebutan jenama ini sering kali disalah sebut oleh orang ramai sehinggakan IKEA Singapura tampil dengan sebuah perkongsian di Instagram dalam memaklumkan sebutan sebenar IKEA.

https://www.instagram.com/p/CVJ0P8rBZVm/

Menerusi perkongsian, sebutan yang betul untuk menyebutkan jenama ini adalah ‘ee-kay-uh’ dan bukannya ‘ai-kay-uh’. Dalam erti kata lain, sebutan jenama ini bermula dengan sebutan ‘E’ terlebih dahulu dan bukannya ‘I’ seperti yang disebut oleh orang ramai.

Untuk pengetahuan, jenama yang berasal dari Sweden ini berjaya mendapat namanya menerusi gabungan akronim nama pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad, ladang beliau membesar, Elmtaryd dan tempat asal beliau iaitu Agunnaryd. Berikut dikongsikan juga video mengenai cara sebenar menyebut jenama IKEA.

Tular pada minggu ini apabila Tan Sri Vincent Tan yang cukup dikenali sebagai antara individu terkaya Malaysia sekadar menggayakan selipar Asadi bernilai RM15.90 sahaja.

Sekadar Pakai Selipar Asadi, Gambar Vincent Tan Yang Tular Ini Raih Perhatian Netizen

Terpaksa Berpisah Kerana Hidap Thalassaemia, Perkongsian Pasangan Ini Beri Kesedaran Buat Netizen