Baru-baru ini tular di media sosial ‘spot’ ambil gambar kapal terbang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan boleh dikatakan kawasan tersebut dengan kehadiran pengunjung. Mana tidaknya, ramai tidak mahu terlepas peluang untuk bergambar bersama kapal terbang yang mahu mendarat.
Lantaran orang ramai mula membanjiri tempat tersebut selepas viral, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports. Menurut perkongsian oleh pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah.
Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka. Akan tetapi, viewing deck masih dibuka dan anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih kerana ‘spot’ tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung. Malah, ada juga netizen yang menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen mengatakan bagus juga kawasan tersebut ditutup kerana ada pengunjung yang letak kenderaan di bahu jalan yang merbahayakan pengguna jalanraya lain. Adakah anda sempat berkunjung ke sini?
Buat anda yang tidak tahu mahu ke mana sekitar Lembah Klang, kami kongsikan aktiviti dan destinasi yang boleh anda terjah. Klik sahaja pautan di bawah ini.
5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang ‘Staycation’ Di Kuala Lumpur
5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota
3 Lokasi ‘Rahsia’ Kedai Makan Sedap Tepi Sungai Di Sekitar Selangor