Caprice telah menarik perhatian ramai ketika dia mengesahkan bahawa dia tolong ‘payung’ atau bayar denda seorang jurutera yang melakukan protes ke atas serangan Israel di Gaza.

Baru baru ini, seorang jurutera berusia 23 tahun telah dijatuhi hukuman denda RM1,000 kerana telah menconteng dinding pejabat kedutaan Amerika Syarikat dengan perkataan terrorist.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas jurutera tersebut, Ahmad Ridzwan Shah mengaku bersalah ke atas perbuatan yang dianggap khianat ke atas kedutaan AS itu.

Difahamkan dia melakukan kesalahan itu sekitar 5.30 pagi pada 29 Oktober lalu. Di mana Ridzwan menggunakan spray berwarna merah untuk menyatakan protesnya ke atas Amerika Syarikat yang menyebabkan kerosakan harta bernilai RM200.

Hukuman dibacakan oleh majistret Wong Chai Sia berdasarkan pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Ianya membawa kepada hukuman penjara sehingga 2 tahu atau denda atau kedua duanya sekali.

Majistret mengarahkan Ahmad Ridzwan membayar denda itu atau dia akan dipenjara sebulan jika gagal melakukannya.

Majistret mengambil pertimbangan bahawa Ahmad Ridzwan seorang bujang yang masih perlu menanggung ibu, kakak dan enenknya. Difahamkan, ibunya juga merupakan seorang ibu tunggal.

Menurut peguamnya, Ahmad Ridzwan hanya mahu meluahkan pandangan peribadinya ke atas apa yang berlaku di Gaza pada masa ini.

Caprice tolong bayarkan

Berita itu menarik perhatian Caprice. Dia segera menghamburkan pujian dan menyatakan sokongan kepada Ahmad Ridzwan. Sambil mengesahkan bahawa dia akan menanggung bayaran denda RM1,000 yang dikenakan ke atas jurutera tersebut.

Caprice memuat naik di Instagramnya dengan meminta orang ramai memberikan maklumat tentang adik Mohd Ridzwan.

“Sapa sapa kenal adik ni, RM1,000 ni Cap payung, InsyaAllah, sebab sales kita hari ini memang padu,” tegas penyanyi dan pencipta kandungan media sosial itu.

Tidak lama kemudian Caprice memuat naik penyata bank menunjukkan bahawa dia sudah memindahkan wang sejumlah RM1,000 kepada Ahmad Ridzwan.

Dia menulis: “Settle… hang memang berani dik. Dan kita sentiasa di belakang sahabat2 kita yang pejuang demi AlAqsa. InsyaAllah.”

Tindakan Caprice tolong bayar denda untuk jurutera itu dipuji Netizen, sambil mendoakan agar Caprice akan dimurahkan lagi rezeki selepas ini.