Penyanyi terkenal, Shila Amzah mengeluarkan single terbarunya bertajuk Jauh Hati. Single berkenaan mengisahkan pengalamannya bercinta dengan beberapa lelaki sebelum ini.
Memetik laporan, Shila mengatakan percintaan yang dilaluinya memberikan impak yang buruk buat dirinya. Pada masa yang sama, dapat memberi pengajaran dalam hidupnya.
Baca Juga:
- Tepis Dakwaan Sudah Bercerai, ND Lala Dan Isteri Hadir Konsert Beri Sokongan Buat Shila Amzah
- Shila Amzah Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Celebrities
- ‘Tiada Siapa Mahu Dengar Lagu Inggeris Kau’ – Yuna Pernah Dipandang Rendah Sebelum Berjaya Di AS
Ditanya ada kemungkinan bekas suaminya kurang senang dengan ciptaan lagu tersebut yang turut menyentuh tentang kegagalan rumah tangga, malah Shila menyatakan bekas suaminya patut bangga kerana Shila menulis lagu mengenainya.
“Saya sangat terbuka dan tiada benda yang membuatkan saya rasa takut lagi. Dia (bekas suami) tahu saya macam mana dan dia tahu yang saya memang menulis. Sesiapa yang bersama saya patut tahu fakta tersebut,” katanya.
“Akan ada lagu tentang anda, kalau anda buat sesuatu. Saya harap dia faham. Famili dia tahu. Mereka semua tahu apa yang benar-benar terjadi,” tambahnya lagi.
Shila turut mengatakan lagu Jauh Hati ini ditulis sebelum dia meninggalkan rumah bekas suami bersama anaknya, Seth Uwais.
Sebelum ini Shila pernah berkahwin pada 2018, tetapi jodoh tidak berpanjangan dan telah bercerai talak satu dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Bukan itu sahaja, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Seth Uwais.