Sudah menjadi kelaziman orang kita yang menyimpan lebihan lauk atau nasi di dalam peti sejuk dan keesokkan harinya dipanaskan semula untuk dijadikan makanan.
Namun, jika anda membiarkan nasi tersebut berada di dalam suhu bilik melebihi 4 jam dan memanaskan semula nasi tersebut, ianya boleh mengundang risiko keracunan pada makanan tersebut.
Menurut status yang dimuat naik di Twitter oleh KKM Putrajaya, mengatakan bahawa nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan. Ini kerana nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang terdapat pada nasi itu kembali aktif.
Tahukah anda nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan.
Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.
Nasi yang ditinggalkan dlm suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yg ada dlm nasi itu aktif semula. pic.twitter.com/zUjtZdxL9L
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) December 22, 2019
Ia menyebabkan pembiakan bakteria Bacilus Cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk orang ramai menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah kementerian itu lagi, mesej yang disampaikan ini merupakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.
Dikepilkan beberapa artikel berkaitan nasi yang mungkin menarik minat anda untuk membaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Nasi Dagang Adalah Makanan Yang Dicipta Secara Tidak Sengaja?
Netizen ‘Geli’ Lihat Video Lelaki Ini Makan Nasi Bersama Makanan Kucing
‘Periuk Nasi’ Eksklusif Bertemakan Watak Star Wars Bakal Dilancarkan Disember Ini