Melaka merupakan antara destinasi pilihan segelintir rakyat Malaysia untuk bercuti pada hujung tahun membawa anak-anak mereka kerana terdapat banyak tempat bersejarah untuk diterokai.
Pada hujung minggu lalu, saya berpeluang ke Melaka untuk ke satu tempat yang mungkin anda boleh masukkan dalam ‘list’ anda untuk bersantai menikmati hidangan sambil menikmati ‘view’ cantik terutama sekali ketika matahari terbenam.
Baca Juga:
- Mahu Raih Dana Penyelenggaraan Bangunan Warisan, Melaka Perkenalkan Pas Masuk 5 Muzium Serendah RM30
- ‘Keistimewaan Durian Sudah Dicatat Dalam Naskah Berusia 430 Tahun Lalu’- Persatuan Kartografi Melaka
- Menara KARL LAGERFELD Pertama Asia Tenggara Bakal Dibuka Di Melaka Menjelang 2030
@mimieyuzi Best experience sky dining at 1-Altitude Melaka. Worth every penny. #explorepage #foryoupage #fyp #love #fypシ゚viral #happiness #foodporn #foodies #foodietiktok #1altitudemelaka #skydiningmelaka #tempatmakanmelaka #finedining
♬ Theme from “A Summer Place” – Percy Faith And His Orchestra
Terletak di atas Hatten City yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Melaka dan Selat yang menakjubkan, 1-Altitude Melaka ini merupakan destinasi gaya hidup tertinggi di Melaka menawarkan 3 pilihan restoran istimewa yang bertaraf dunia.
Saya berkesempatan untuk terjah ke 2 restoran di 1-Altitude Melaka dimana dan boleh dikatakan menikmati makanan di sini memberikan saya satu pengalaman yang berbeza. Jom saya kongsikan sedikit apa yang menarik di sini sebelum anda ke sini.
1. Wildseed Cafe & Bistro
Bagi kafe ini, ia mengetengahkan konsep flora dimana dekorasi kafe diletakkan bunga-bungaan dan rekaan kafe yang urban menjadikan ia sesuai untuk anda yang mahu menyambut pelbagai perayaan atau hanya sekadar food hunting.
Kafe ini menyediakan makanan untuk sarapan pagi, minum pagi dan juga makan tengahari. Apa yang menjadi ‘highlight’ adalah anda boleh nikmati pemandangan bandar Melaka dari tingkat 43.
Pelbagai menu menarik disediakan di sini dan bagi saya, anda akan rugi jika tidak mencuba Wagyu Beef Burger dia kerana saiznya cukup besar dan dagingnya sangat lembut. Selain itu, antara menu yang boleh dicuba adalah Roti Bakar ‘Atas’ dengan sapuan kaya, linguine ketam kulit lembut bercili, big breakfast dan banyak lagi.
2. Monti
Monti merupakan restoran Itali yang berkonsepkan fine dining dan para pelanggan akan dapat melihat view kota Melaka.
Banyak menu yang saya cuba di sini tetapi menu paling menambat hati adalah spaghetti rendang. Gabungan spaghetti bersama rendang boleh dikatakan unik kerana rasa rempahnya cukup dan pedasnya sederhana sesuai untuk semua golongan.
Selain itu, Monti’s Lava Tiramisu adalah menu pemanis mulut yang anda wajib cuba kerana rasa kopinya ‘mild’ dan rasa manisnya tidak ‘overpower’ rasa kopi. Pastinya anda akan dapat merasai pengalaman yang berbeza di Monti.
Saya tidak sempat mencuba ke restoran ketiga iaitu FLNT dimana ia sebuah restoran grill Sumiyaki Jepun-Peru Nikkei. Restoran ini menawarkan hidangan citarasa Jepun dengan hidangan selera Peru pedas untuk keseluruhan menunya.
Selain itu, 1-Altitude Melaka turut tampil dengan Rooftop Bar dimana akan memberikan satu pengalaman penuh mempesonakan dengan pemandangan matahari terbenam mengasyikkan dan dimeriahkan lagi dengan sinar lampu lampu kota yang saujana mata memandang.
Untuk maklumat lanjut tentang 1-Altitude Melaka atau untuk mengadakan sebarang majlis di sini, sila layari www.1-altitude.my.