FA England menegaskan bahawa mereka tidak dapat menerima permohonan maaf daripada Rodrigo Bentancur walaupun Son Heung Min sudah memaafkan rakan sepasukannya itu.

Sebelum ini Bentancur telah berjenaka tentang Son Heung Min ketika satu sesi wawancara di Uruguay.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Wartawan tersebut bertanya, boleh tak Bentancur membantu dia mendapatkan jersi Korea Selatan milik Son Heung Min.

Bentancur membalas: “Maksud kamu jersi Son? Atau jersi adik beradik dia yang lain. Sebab saya tengok muka mereka semua hampir sama, atau nak sama.”

Video tersebut membuatkan FA England membuat siasatan serta merta. Bentancur pula meminta maaf kepada Son Heung Min dan mengakui dia telah membuat lawak bodoh.

Namun dia tidak sesekali pernah rasis.

“Kepada saudaraku Son Heung Min, kamu tahu saya sayangkan kamu. Saya minta maaf di atas lawak yang bodoh itu, kamu tahu yang saya tak akan pernah rasis dengan kamu atau sesiapa sahaja.

“Saya sayangkan kamu saudaraku,” tulis Bentancur.

Son Heung Min kemudian menyatakan dia sudah menerima permohonan maaf  tersebut dan Bentancur sudah datang bersemuka dengannya untuk meminta maaf.

Dan Son menegaskan bahawa Bentancur seorang yang baik dan dia tidak ada masalah langsung dengan pemain itu.

Bentancur kemudian menyatakan dia tidak dapat menerima hukuman daripada FA yang menggantungnya 7 perlawanan domestik dan denda £100 ribu.

Dan ditambah dengan kenyataan Son Heung Min yang menyatakan dia tidak tersinggung dengan Bentancur, di mana kapten Spurs itu menerima jenaka kawan kawan yang ditujukan kepadanya.

Namun FA England tidak dapat menerima alasan bahawa Son Heung Min sudah memaafkan Bentancur sebagai alasan untuk membebaskan Bentancur daripada hukuman – menurut Laporan The Times.

FA England tidak rasa komen Bentancur itu harus diambil sebagai satu gurauan semata mata atau satu jenis sarcasm.