Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta unsur rasuah membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya.

Memetik laporan Berita Harian, SPRM sudah merakamkan keterangan 14 saksi dan membuat pemeriksaan ke atas 10 premis yang berkaitan dengan dakwaan itu.

Baca Juga:

Difahamkan, SPRM sudah menjalankan siasatan rapi berhubung kedua-dua isu yang dibangkitkan, sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan susulan.

“SPRM menjalankan siasatan ke atas isu rasuah di FAM yang membabitkan pelaksanaan projek NTC di Putrajaya bernilai hampir RM25 juta.

“Kos pembangunan projek ini menggunakan dana yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

“Selain itu, SPRM menyiasat tohmahan dan dakwaan rasuah dalam penganjuran kongres FAM yang ke-60.

“Hasil siasatan terhadap dua isu ini sudah diselesaikan oleh SPRM dan dirujuk kepada TPR dan TPR berpuas hati dengan hasil siasatan berkenaan serta memutuskan kes sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

“Tiada sebarang isu rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dikesan dalam dua siasatan itu,” kata sumber Berita Harian (BH).

Bulan lalu, FAM menjadi perhatian umum susulan tersebar surat layang dengan pembinaan NTC turut menjadi isu selepas projek itu juga disebut dalam surat berkenaan.

‘Surat Layang’ Kisah Gelap FAM Mula Tersebar Di Media Sosial

Sebelum ini SPRM telah mengambil beberapa fail daripada FAM untuk menyiasat dakwaan dalam surat layang yang terkandung isu salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengirim surat layang itu turut menyeru SPRM menyiasat bagaimana proses tender dijalankan di FAM dan siapa individu yang terlibat.