Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menggeledah kediaman pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Menurut laporan Buletin TV3, 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah yang bernilai RM200,000 telah disita oleh SPRM malam tadi.
Baca Juga:
- Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang ‘Bersatu Hati’ Kecam Fashion Valet – ‘Dah Minta Maaf, Lepas Tangan?’
- SPRM Mula Siasat Kerugian Pelaburan Khazanah, PNB Dalam FashionValet
- ‘Penjualan FashionValet Adalah Satu Langkah Keluar Yang Bertanggungjawab’ – Khazanah, PNB
“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.
“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” kata sumber terbabit.
Sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 1 tengah hari untuk menyambung memberi keterangan sebelum dibawa ke kediaman mereka pada jam 5.30 petang.
ISU FASHIONVALET | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, meneruskan siasatan lanjut dan menjalankan pemeriksaan di kediaman milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dan beberapa premis di sekitar Lembah… pic.twitter.com/rQFAsOQtS3
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 6, 2024
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kepada pihak media mengenai pembongkaran terbabit dan berkata, kes disiasat di mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, pasangan terbabit akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi hari ini untuk sambung memberi keterangan.
Siasatan membabitkan pasangan terbabit susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
Vivy dan Fadzaruddin antara sembilan individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, kelmarin.
SPRM turut membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.