Perak Bison meneruskan kecemerlangan dalam saingan Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Selangor selepas berjaya melangkah ke separuh akhir.

Mendapat tonik berguna susulan kehadiran semula perejam berbisa, Muhammad Noraizat Nordin untuk bergandingan bersama Kritsada Sungvung (tekong) dan apit kiri, Aidil Aiman Azwawi, Perak Bison kelihatan cukup garang walaupun mendapat tentangan hebat Kelantan Warriors.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Cabaran Kelantan Warriors yang digalas oleh Purached Yodsaen (tekong), Mohamad Haikal Mohamad Jamil (apit kanan) dan Muhamad Adli Abu Bakar (apit kiri) juga wajar dipuji ekoran aksi menarik ditampilkan dalam memberikan saingan sengit buat Perak Bison.

Ia jelas dapat disaksikan dimana kedua-dua pasukan saling kejar-mengejar mata pada hingga terikat pada kedudukan 14-14 untuk aksi berlanjutan ke mata ‘duece’.

Dua rejaman mantap dari Noraizat dan satu servis ‘winner’ Kritsada sudah cukup untuk memberikan kemenangan set pertama dengan jurang mata 17-14.

Kelantan Warriors dilihat mampu untuk mencuri set kedua apabila mendahului 7-2 pada satu ketika. Namun, pengalaman jelas memihak Perak Bison yang menyerap tekanan dengan cukup baik untuk mengejar satu persatu mata.

Selepas kembali menyamakan kedudukan 11-11, Perak Bison tidak menoleh ke belakang lagi untuk mengesahkan kemenangan 15-12 selepas rejaman daripada Haikal Jamil sekadar keluar gelanggang.

Dengan kemenangan tersebut, Perak Bison akan berdepan dengan PDRM Defenders yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan hasil kemenangan 2-0 ke atas Penang Black Panthers di separuh akhir dalam usaha memburu kejuaraan STL 2024 GP Selangor.