Pada hari ini, kita boleh melihat sejumlah pemilik jenama tempatan berkolaborasi dengan influencer dari negara jiran di dalam kempen baju raya.
Ada yang mungkin tidak sedar, sebenarnya ramai juga streamer di Indonesia yang diminati oleh warga tempatan dan sedia menyertai siaran langsung mereka dari semasa ke semasa.
Sebuah klip video yang dikongsikan semula oleh peminat memperlihatkan saat seorang streamer bernama Windah mencuba berbahasa Malaysia sewaktu siaran langsung bermain permainan video pada waktu itu.
Nampak betapa berusaha dia mencuba berbahasa Malaysia dan intonasinya agak normal tetapi dengan penambahan bunyi E yang sangat ketara di penghujung setiap ayat membuatkan ia tampak lucu buat warga tempatan.
@mellow12 Apasih windahðŸ˜ðŸ˜ #fyp #xyzabc #meme #windahbasudara
Di pengakhiran klip, Windah kelihatan menyerah kalah untuk meneruskan lagi pertuturan Bahasa Malaysia kerana dipercayai terlalu sukar untuk diadaptasi dan mungkin hanya memenuhi permintaan peminat di dalam siaran langsung pada saat itu.
Selain merasa lucu, netizen tempatan turut menyoal apakah sebab warga Indonesia cukup gemar menambah bunyi E apabila cuba bercakap dalam Bahasa Malaysia.


Dalam pada itu, netizen Malaysia juga agak terkejut melihat majoriti rakyat Indonesia mengalami kesukaran dalam menutur Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya buat warga tempatan berupayaa fasih berbahasa Indonesia dengan lancar sedangkan kita berkongsi lenggok bahasa yang sama pada dasarnya.
Walaupun begitu, netizen masih memuji streamer tersebut kerana berani mencuba dan betul sebutannya untuk perkataan ‘Ade’.