Sebagai salah sebuah negara yang mempunyai liga bola sepak antara yang terbaik di Asia, Jepun melalui Japan Football Association (JFA) dan J.League telah merangka pelbagai rancangan untuk memastikan matlamat mereka terus mempunyai legasi yang panjang.
Oleh yang demikian, struktur lapisan bola sepak seluruh Jepun perlu diambil perhatian serius selari dengan hala tuju yang telah ditetapkan. Struktur ini sangat penting kerana kegagalan untuk melaksanakannya dengan betul bakal mengundang kesan buruk kepada pasukan kebangsaan.
Entiti Utama Liga Bola Sepak Jepun
Terdapat beberapa entiti utama dibawah naungan JFA, terdapat 5 entiti utama yang menjayakan liga-liga bola sepak utama Jepun.
- Japan Professional Football League (J.League)
- Japan Football League (JFL)
- Japan Women’s Football League
- Japan Universiti Football Association (JUFA)
- 9 Regional Football Association
- 47 Prefectural Football Association
1) Japan Professional Football League (J.League)
Lebih dikenali sebagai J.League, liga utama bola sepak Jepun ini dimulakan pada Mei 1993 dengan hanya 10 pasukan profesional yang digelar ‘Original 10’.
Sehingga sekarang, J.League sudah mempunyai 3 divisyen iaitu J1 League – 18 pasukan, J2 League – 22 pasukan dan J3 League 17 pasukan termasuk 3 pasukan U23 iaitu Gamba Osaka U23, FC Tokyo U23 dan Cerezo Osaka U23.
Secara keseluruhannya, J League mempunyai 57 pasukan bertanding.
2) Japan Football League (JFL)
Japan Football League merupakan sebuah liga divisyen 4 Jepun serta liga bola sepak amatur paling berprestij di Jepun.
JFL dimulakan pada tahun 1999 ketika J2 League diperkenalkan dan pada ketika itu JFL memegang status sebagai liga divisyen 3 Jepun sehingga kewujudan J3 League pada 2014.
Pada ketika ini JFL mempunyai 16 pasukan bertanding, dengan hanya 5 kelab berstatus ‘J.League 100 Year Vision’ dan hanya 2 kelab mempunyai lesen J3 League.
Pada tahun 2013 dan 2014, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pernah beraksi dalam JFL bersama kelab dari kepulauan Okinawa – FC Ryukyu. Ketika ini FC Ryukyu beraksi dalam saingan J3 League.
Pernah juga kami menerima maklumat bahawa Liew Kit Kong pernah juga beraksi bersama kelab Briobecca Urayasu, Chiba beberapa tahun lalu.
3) Japan University Football Association (JUFA)
JUFA adalah sebuah persatuan yang bertanggung jawab untuk mengendalikan liga bola sepak peringkat universiti di Jepun.
Dibawah JUFA, terdapat 9 sub region yang telah ditetapkan. Setiap sub region akan mempunyai liga dibawah kelolaan JUFA sub region itu sendiri seperti dibawah. Selain itu juga, pemain-pemain diperingkat ini akan terlibat dengan Indipendence League (I-League) dan juga Piala Perdana Menteri Jepun.
JUFA Hokkaido
– Divisyen 1, 7 pasukan
– Divisyen 2, 8 pasukan
– Divisyen 3, 8 pasukan
JUFA Tohoku
– Divisyen 1, 8 pasukan
– Divisyen 2A, 9 pasukan
– Divisyen 2B, 11 pasukan
JUFA Kanto
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2, 12 pasukan
JUFA Hokushinetsu
– Divisyen 1, 8 pasukan
– Divisyen 2A, 5 pasukan
– Divisyen 2B, 4 pasukan
JUFA Tokai
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2, 8 pasukan
JUFA Chugoku
– Divisyen 1, 10 pasukan
– Divisyen 2, 11 pasukan
JUFA Kansai
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2A, 10 pasukan
– Divisyen 2B, 10 pasukan
– Divisyen 3, 6 pasukan
JUFA Shikoku
– Divisyen 1, 6 pasukan
– Divisyen 2, 6 pasukan
JUFA Kyushu
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2, 12 pasukan
Secara keseluruhannya, Liga JUFA seluruh Jepun mempunyai 207 pasukan bertanding!
4) 9 Regional Football Association
Selain itu, langsung dibawah naungan JFA, 9 buah persatuan bola sepak regional diwujudkan untuk menganjurkan liga mengikut region/wilayah masing-masing.
Hokkaido Soccer League
- Mempunyai 1 divisyen dengan 8 pasukan bertanding.
Tohoku Syakinjin Soccer League
- Memiliki 3 divisyen iaitu Divisyen 1, Divisyen 2 Utara dan Divisyen 2 Selatan
- 10 pasukan bertanding dalam setiap divisyen
- Jumlah pasukan bertanding: 30 pasukan
Kanto Soccer League
- Mempunyai 2 divisyen sahaja.
- Setiap divisyen melibatkan 10 pasukan bertanding
- Jumlah pasukan bertanding: 20 pasukan
Hokushinetsu Football League
- Wilayah ini mempunyai liga 2 divisyen
- Setiap divisyen mempunyai 8 pasukan bertanding.
- Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan
Tokai Syakaijin Soccer League
- Wilayah ini mempunyai liga 2 divisyen
- Setiap divisyen mempunyai 8 pasukan bertanding.
- Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan
Kansai Soccer League
- Wilayah ini mempunyai liga 2 divisyen
- Setiap divisyen mempunyai 8 pasukan bertanding.
- Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan
Chugoku Soccer League
- Hanya memiliki liga 1 divisyen dengan 10 pasukan bertanding.
Shikoku Syakaijin Soccer League
- Wilayah Shikoku pula mempunyai 8 pasukan bertanding dalam 1 divisyen sahaja
Kyushu Soccer League
- 11 pasukan bertanding dalam liga 1 divisyen dalam wilayah Kyushu.
Untuk 9 regional league ini, secara keseluruhannya ada 135 pasukan bertanding!
5) 47 Prefectural Football Association
Pada peringkat prefecture pula, seperti yang kita tahu, Jepun mempunyai 47 buah prefecture, dan setiap prefecture ini mempunyai liga mereka yang tersendiri.
Kami masih dalam proses mengumpulkan semua data mengenai liga pada peringkat ini sehingga sekarang. Setakat ini, kami berjaya untuk mengenalpasti setiap liga prefecture ini mempunyai beberapa divisyen dan tidak kurang dari 6 hingga 10 pasukan untuk setiap divisyen.
Kami mengambil Fukuoka-ken Syakinjin Soccer League sebagai contoh. Liga ini mempunyai 2 divisyen – Divisyen 1 (6 pasukan) dan Divisyen 2 (11 pasukan).
Pasukan Divisyen 1:
- Miyake Club
- Koyo Club
- Kurume Azalea FC
- Nanakuma Tombies FC
- Omuta VJF SC
- Kasuga Eagles FC
Pasukan Divisyen 2:
- Passcharise FC
- FC Elan
- Adi FC
- Sumiyoshi Club
- Chiyo SC
- Fukuoka Bank SC
- Orient FC Bonanza
- Artesan
- Scare Crow Kitakyushu FC
- Shatous Fukuoka FC
Juara divisyen 1 Fukuoka-ken Syakaijin League akan layak beraksi dalam satu kejohanan/play off untuk menentukan pasukan mana akan menjadi juara Kyushu Regional dan seterusnya beraksi dalam Kyushu Soccer League.
Ini adalah struktur bagaimana Jepun membangunkan sistem bola sepak mereka.
Maka tidak hairanlah hasil dari pertandingan membuahkan hasil yang positif apabila mereka telah layak ke Piala Dunia 6 kali berturut-turut dan juga sentiasa ‘eksport’ bakat-bakat mereka untuk beraksi di eropah.